Utusan Borneo (Sarawak)

39 kakitangan JTS tamat Kursus Latihan Asas Penguat Kuasa

-

Seramai 39 kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak berjaya menamatkan Kursus Latihan Asas Penguat Kuasa Siri 1/2023 di Padang Kawad, Batalion Ke-13, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Pakit Sri Aman semalam.

Majlis penutupan kursus tersebut disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JTS Sarawak Awang Zamhari Awang Mahmood.

Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada Pengurusan Batalion Ke-13, RAMD, Kem Pakit Sri Aman atas persetujua­n mengadakan dua kursus serentak iaitu Kursus Asas Penguatkua­sa dan Kursus Asas Pencaragam di kem itu.

Menurutnya, ini julung kali jabatan itu menghantar anggota menyertai Kursus Asas Pancaragam sebagai usaha menyahut seruan Pengarah JTS Sarawak menubuhkan pasukan itu di peringkat jabatan.

“Ini adalah kali kelima kursus itu diadakan di Batalion Ke-13 RAMD, Kem Pakit Sri Aman sejak 2008,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada semua anggota JTS Sarawak kerana berjaya menamatkan kursus itu.

“Saya berdoa semoga ilmu diperolehi dapat digunakan dalam menjalanka­n tugasan harian selepas kembali ke bahagian masing-masing.

“Kursus seumpama ini amat perlu dijalankan bagi memupuk semangat kerjasama dan menarapkan displin tinggi kalangan pegawai dan anggota penguat kuasa,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Rozlan Putit, Penolong Pegawai Memerintah, Batalion 13 RAMD Kem Pakit Mejar

Mohd Norhafiz Osman serta yang lain.

Dalam pada itu, Penuntut Pancaragam Terbaik, Kursus Asas Penguat Kuasa Siri 1/2023 JTS Sarawak disandang Muhaiyatul Amri Siful Hazman dari JTS Bahagian Serian.

Manakala Penuntut Kawad Terbaik disandang Muhammad Syafiq Muhammad Anuar dari JTS Bahagian Sibu.

Penuntut Keseluruha­n Terbaik Keseluruha­n pula disandang oleh Pembantu Penguat Kuasa, Mahadir Raim dari JTS Bahagian Miri.

 ?? ?? KETIBAAN: Awang Zamhari (hadapan) diiringi oleh Rozlan (belakang kanan) tiba majlis pada penutupan rasmi kursus tersebut di Kem Pakit, Sri Aman semalam.
KETIBAAN: Awang Zamhari (hadapan) diiringi oleh Rozlan (belakang kanan) tiba majlis pada penutupan rasmi kursus tersebut di Kem Pakit, Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia