Utusan Borneo (Sarawak)

Gandingan dua wakil rakyat GPS bawa perubahan ke Meradong

-

Masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bertuah kerana mempunyai wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang merangkumi peringkat Parlimen Sarikei.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, gandingan dua wakil rakyat dari GPS itu banyak membawa perubahan ke kawasan tersebut dari segenap aspek pembanguna­n.

“Kita merancang membawa lebih banyak pembanguna­n di kawasan ini kerana kita mahu melihat dan merapatkan jurang pembanguna­n antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Dalam merealisas­ikan impian dan matlamat ini, kerjasama semua terutamany­a ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) dan masyarakat setempat amat diperlukan.

“Justeru, kita mahu rakyat bersama dengan kita memainkan peranan masing-masing terutamany­a menyalurka­n maklumat berkaitan keperluan, masalah, kekurangan dan permohonan semasa

rakyat agar tindakan segera perlu dilakukan untuk mengatasi setiap isu-isu berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan hari ke-15 beliau ke rumah-rumah panjang sekitar kawasan Sungai Lemayaong, Bintangor di DUN Meradong, kelmarin.

Dalam lawatan itu, Ding bersama rombongan berjaya melakukan lawatan kelima rumah panjang di kawasan tersebut.

Menurutnya, kerjasama semua masyarakat di DUN itu penting bagi memastikan setiap perancanga­n dan pelan pembanguna­n dirancang dapat direalisas­ikan dengan jaya.

“Kini kita berusaha menaik taraf segala kemudahan asas dan infrastruk­tur di kawasan ini dan berharap usaha itu mendapat sokongan penuh daripada masyarakat.

“Bagi yang mempunyai permohonan atau keperluan,

kita sentiasa berusaha dan mengalu-alukan sebarang bentuk maklumat dan informasi daripada masyarakat peringkat akar umbi.

“Kita harap KMKK dan masyarakat setempat dapat bersama dengan kita mencapai visi dan misi manfaat bersama,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi SUPP Bintangor, Chieng Born Ong, Kapitan Wong Leh Hee serta ahli-ahli SUPP lain.

 ?? ?? TURUN PADANG: Ding melakukan lawatan ke salah satu rumah panjang di kawasan Sungai Lemayaong, Bintangor DUN Meradong, kelmarin.
TURUN PADANG: Ding melakukan lawatan ke salah satu rumah panjang di kawasan Sungai Lemayaong, Bintangor DUN Meradong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia