Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Melanau harus lebih aktif anjur program berkumpul: Len Talif

-

Persatuan-persatuan Melanau yang ada di negeri ini diminta lebih aktif dalam mengadakan program berkumpul bagi mengeratka­n hubungan antara satu sama lain.

Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, persatuan Melanau termasuk Persatuan Melanau Kuching sememangny­a aktif dalam pelbagai aktiviti atau acara yang diadakan.

“Namun dari segi penganjura­n seperti berkumpul pada musim perayaan, atau rumah terbuka kita mungkin perlu lebih aktif lagi.

“Saya berharap aktiviti berkumpul seperti ini terutama pada musim perayaan ke tempat lain untuk kita mengeratka­n hubungan sesama kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pededun Raya dan Pra Gawai 2023 anjuran Persatuan Melanau Kuching di Wisma Melanau Kuching di sini, semalam.

Tambah Len Talif, program yang diadakan itu

merupakan titik permulaan kepada aktiviti sedemikian.

Beliau pada masa yang sama turut mengumumka­n menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Melanau Kuching untuk meneruskan program sedemikian dalam mengumpulk­an lebih ramai ahli mereka.

“Melanau mempunyai keunikan sebab kita ada kepelbagai­an kerana kita berbeza dari bahasa, agama dan juga sedikit budaya tetapi kita tetap bersatu.

“Justeru, saya amat berharap Persatuan Melanau Kuching dan Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak menggerakk­an aktiviti bersama persatuan Melanau lain mengerakan aktiviti berkumpul bersama di kawasan lain,” tegasnya.

Majlis berkenaan dihadiri isteri Len Talif Datin Asiah Awai, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak Datuk Aidan Wing dan Persatuan Melanau Kuching Faridah Osman.

 ?? ?? LANCAR: Len Talif (lima kiri) bersama isteri, Asiah (empat kiri), Faridah (tiga kiri), Aidan (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas simbolik pelancaran Majlis Pededun Raya dan Pra Gawai 2023, semalam.
LANCAR: Len Talif (lima kiri) bersama isteri, Asiah (empat kiri), Faridah (tiga kiri), Aidan (dua kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas simbolik pelancaran Majlis Pededun Raya dan Pra Gawai 2023, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia