Utusan Borneo (Sarawak)

Sebidang tanah di Bekenu dikenal pasti bina KK baharu

Tapak tanah itu sudah pun dibeli, akan dibawa ke peringkat atasan dan kementeria­n untuk pelaksanaa­n: Lukanisman

- Oleh Clare Cinderella Lukanisman Awang Sauni Timbalan Menteri Kesihatan

MIRI: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sudah meneliti sebidang tanah di Bekenu untuk membina sebuah klinik kesihatan (KK) baharu bagi memenuhi keperluan penduduk di Lambir dan Taman Tunku serta kawasan sekitarnya.

Timbalan Menterinya Lukanisman Awang Sauni berkata, tapak tanah itu sudah pun dibeli dan beliau akan membawa perkara itu ke peringkat atasan dan kementeria­n untuk pelaksanaa­n.

“Pembinaan Klinik Kesihatan Lambir, Taman Tunku ini akan saya bawa kepada perancanga­n di peringkat atasan dan juga di peringkat kementeria­n dan tanah (untuk projek berkenaan) sudah pun dibeli,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra-Gawai dan Penyampaia­n Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumahrumah panjang dalam kawasan Parlimen Sibuti yang berlangsun­g di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada masa yang sama, Lukanisman berkata KKM sudah mengenal pasti tapak tanah di Bekenu untuk membina sebuah klinik baharu bagi menampung keperluan dan populasi yang di pekan berkenaan.

Bagaimanap­un ia bukan untuk dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan berakhir pada 2026, jelasnya.

Dalam pada itu katanya, Klinik Sepupok, Niah yang sudah pun diluluskan dan kini memerluan sedikit masa

lagi untuk proses reka bentuk dan prosesnya agak panjang kerana saiz klinik baharu itu agak besar, berbanding klinik di Jalan Merbau dan Klinik Tudan.

Mengenai permintaan untuk menaik taraf Klinik Simpang Bekenu atau Klinik Tun Abang Haji Openg, Lukanisman memberitah­u dalam lawatannya ke klinik tersebut dua minggu lalu, beliau memberitah­u KKM akan membina sebuah lagi unit baharu dalam program menaik

taraf klinik, iaitu Unit Kecemasan dibina.

“Manakala bagi proses naik taraf Klinik Batu Niah dan Klinik Ladang Tiga, ia akan dilaksanak­an berdasarka­n kewangan yang ada. Walaupun demikan dalam tahun hadapan, kementeria­n akan menaik taraf Hospital Miri yang sedia ada dengan kapasiti lebih besar, yang mampu menampug 1,000 katil,” jelas beliau.

Dalam perkembang­an lain, mengenai program pembanguna­n yang agak lambat,

Lukanisman menjelaska­n situasi berlaku kerana kerajaan yang lepas adalah berlainan dengan kerajaan pemerintah hari ini, dengan Belanjawan 2023 telah dibentang dan dibacakan semula dalam kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita membentang bajet hanya Februari dan diluluskan pada April, saya pula dapat peruntukan yang penuh sekitar 12 Mei, 2023.

“Walaupun kerajaan kita baharu, Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan MADANI, tetapi peruntukan­nya belum cukup madani lagi.

“Bagaimanap­un, kita akan tunggu dan berusaha untuk mendapatka­n peruntukan mencukupi. Buat masa ini (peruntukan sedia ada) cukup untuk menyalurka­n gerangeran dan saya akan tunaikan mana-mana projek yang telah dijanji.

“Saya akan cuba tunaikan dan saya tidak lari, saya akan ada di Pejabat Pusat Khidmat (Ahli Parlimen Sibuti),” jelas beliau lagi.

Dalam ucapannya, Lukanisman turut memuji usaha dan gotong-rotong yang dianjurkan oleh tuai-tuai rumah di sini dalam menjayakan projek yan disalurkan kepada mereka.

Pada masa sama, beliau mahu semua tuai rumah di dalam kawasannya melakukan kemas kini segala profil dan projek yang diterima mereka.

“Hanya dengan demikian saya boleh tahu mengenai perubahan yang berlaku atau projek yang terlepas pandang serta projek yang dibina, namun tidak menepati kehendak penduduk serta speksifika­si yang ditetapkan.

“Kemas kini profil juga penting supaya saya tahu jika ada tuai rumah yang sudah bertukar ganti dan sebaliknya.

“Sentiasa berhubung dengan Pusat Khidmat (Ahli Parlimen Sibuti) dan melaporkan diri, supaya nama anda tidak tercicir dalam senarai ketua kaum dalam kawasan saya,” tambahnya.

Beliau juga berhasrat mahu mengadakan saringan kesihatan untuk semua ketua masyarakat bagi memberikan contoh kepada anak-anak buah mereka agar sentiasa mengutamak­an kesihatan mereka dan program itu dibuat scara berkala.

Dalam pada itu, seramai 119 tuai rumah panjang hadir pada majlis berkenaan dan menerima geran masing-masing RM3,000 yang keseluruha­nnya berjumlah RM357,000.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah ketua-ketua masyarakat Iban Miri Temenggung Atong Limpi dan Pemanca Alexander Isut.

Kita sudah mengenal pasti tapak tanah di Bekenu untuk membina sebuah klinik yang baharu tetapi bukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan berakhir pada 2026.

 ?? ?? MANFAAT: Tuai Rumah Situri Anding (lima kanan) dari Sungai Angat, Lambir menerima geran MRP untuk JKKK rumah panjangnya daripada Lukanisman sambil disaksikan oleh Temenggung Atong (enam kanan) dan yang lain.
MANFAAT: Tuai Rumah Situri Anding (lima kanan) dari Sungai Angat, Lambir menerima geran MRP untuk JKKK rumah panjangnya daripada Lukanisman sambil disaksikan oleh Temenggung Atong (enam kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia