Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan memandu selepas minum minuman keras

-

Orang ramai dinasihatk­an agar tidak memandu selepas minum minuman keras menjelang sambutan perayaan Hari Gawai Dayak yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti berkata, setiap pengguna jalan raya harus mempraktik­kan pemanduan berhemah termasuk mengikuti had laju ditetapkan.

“Ia perlu bagi memastikan kelancaran aliran trafik termasuk mengelak berlaku kemalangan yang sering kali mendatangk­an kecederaan atau kemalangan jiwa,” ujarnya ketika merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Kempen Kesedaran Menangani Isu Dadah dan Substans Sempena Sambutan Hari Gawai 2023 di Kilometer 2, Jalan TatauSelan­gau, kelmarin.

Menurutnya, bagi tujuan itu ahli-ahli keluarga memainkan peranan penting untuk menasihatk­an sanaksauda­ra serta rakan-taulan agar tidak memandu selepas minum minuman keras bagi mengelak berlaku tragedi boleh meragut nyawa.

Katanya, apalah erti sekiranya sambutan Hari Gawai Dayak bertukar duka sekiranya terdapat ahli keluarga terkorban dalam kemalangan jalan raya.

“Justeru, setiap pengguna jalan raya harus memastikan mereka mendapatka­n tidur serta rehat mencukupi sebelum memulakan pemanduan terutama perjalanan panjang serta mengambil masa berjam-jam,” jelasnya.

Beliau berkata, kempen keselamata­n jalan raya itu anjuran bersama Majlis Keselamata­n Jalan Raya Bahagian Bintulu dan Jawatankua­sa One Stop Committee bagi

Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) Daerah Tatau.

“Ia (kempen) tepat pada masanya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentinga­n mempraktik­kan pemanduan secara berhemah,” katanya.

Nyurak juga menasihatk­an ibu bapa agar sentiasa memerhati tingkah laku anakanak mereka terutamany­a remaja serta masih bersekolah agar tidak terjebak dalam kancah dadah.

“Ibu bapa harus melaporkan kepada pihak berkuasa atau agensi berkaitan sekiranya mendapati anakanak mereka terjebak dalam penyalahgu­naan dadah bagi membolehka­n tindakan segera diambil,” jelasnya.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Winnie Dian dan Jurutera JKR Bahagian Bintulu Ir Lau Pit Hwa.

 ?? ?? HATI-HATI DI JALAN RAYA: Nyurak menyampaik­an beg cenderahat­i berisi risalah kempen keselamata­n jalan raya kepada salah seorang pengguna jalan raya di Kilometer 2, Jalan TatauSelan­gau kelmarin.
HATI-HATI DI JALAN RAYA: Nyurak menyampaik­an beg cenderahat­i berisi risalah kempen keselamata­n jalan raya kepada salah seorang pengguna jalan raya di Kilometer 2, Jalan TatauSelan­gau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia