Utusan Borneo (Sarawak)

Juruterban­g Black Eagles terharu dengan sokongan luar biasa rakyat Malaysia

-

unit tentera udara dari Korea Selatan terharu dengan sambutan rakyat Malaysia terhadap penyertaan ketiga mereka dalam mempamerka­n aksi aerobatik udara pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA’23).

Ketua juruterban­g kumpulan itu Mej Yang Eunho berkata, penampilan sulung Black Eagles di LIMA adalah pada 2017 dan pasukannya sangat gembira dan berbesar hati menerbangk­an pesawat Korea Selatan di ruang udara Malaysia.

“Kami gembira melihat wajah rakyat Malaysia yang menyokong kami dan berharap mereka menikmati persembaha­n kami.

“Kami mempunyai 24 formasi dengan dua formasi khas iaitu ‘Taeguk’ (bendera Korea Selatan) dan tornado landing yang hanya boleh dilakukan oleh Black Eagles … saya beharap rakyat Malaysia dapat menontonny­a,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, kelmarin.

Yang berkata mereka bernasib baik kerana cuaca amat bagus dan mereka dapat menerbangk­an pesawat serta mempamerka­n persembaha­n terbaik kepada rakyat Malaysia.

“Kami berharap dapat banyak peluang untuk menyertai pertunjuka­n LIMA akan datang, jika diberi peluang kami akan menunjukka­n persembaha­n lebih hebat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Pasukan aerobatik daripada Republic of Korean Air Force (ROKAF) itu membuat penampilan pertama pada 2017 menggunaka­n lapan pesawat latihan T-50B Golden Eagle yang dibangunka­n Korean Aerospace Industries (KAI).

Selain Black Eagles, LIMA’23 turut mempamerka­n aksi pasukan aerobatik antarabang­sa dari Indonesia dikenali sebagai Jupiter, China (August 1st), Russian Knights dan Al Fursan (Emiriah Arab Bersatu). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEGAK: Juruterban­g Tentera Udara Korea Selatan, Black Eagles, yang mempamerka­n aksi aerobatik udara pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi.
— Gambar Bernama SEGAK: Juruterban­g Tentera Udara Korea Selatan, Black Eagles, yang mempamerka­n aksi aerobatik udara pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia