Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga ‘juruterban­g’ cilik muncul di LIMA ‘23

-

KECOMELAN tiga beradik yang muncul bergaya dengan pakaian seragam anggota tentera udara pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA’23) menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabang­sa di pameran dwitahunan itu.

Muhammad Faiq Mohamad Faizal, 12; Muhammad Qais, 8; dan Muhammad Qaid, 4; masing-masing bercita-cita sama untuk menjadi juruterban­g, mengikuti langkah bapa mereka, Mohamad Faizal Abd Aziz, 40, yang merupakan juruterban­g MD503 Pasukan Udara Tentera Darat.

Mohamad Faizal merupakan seorang daripada anggota pasukan aerobatik dlAngkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat pertunjuka­n udara sepanjang LIMA ‘23 yang bermula Selasa.

Ketika ditemui Bernama di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Muhammad Qais, anak ketiga daripada empat beradik memasang impian untuk membawa pesawat F117A Nighthawk atau lebih dikenali ‘Black Jet’.

“Besar nanti saya nak jadi juruterban­g pesawat penggempur sebab boleh bawa jet pejuang kerana pesawat itu laju. Saya teringin bawa Black Jet sebab ayah kata (pesawat) itu bagus,” katanya yang teruja melihat pertunjuka­n udara pada LIMA ‘23 yang mula dibuka kepada orang awam kelmarin.

Sementara itu anak sulung, Muhammad Faiq berkata selain mahu menjadi juruterban­g, dia juga menyatakan hasrat untuk menjadi pakar senjata dan aset ketenteraa­n kerana sering melihatnya melalui permainan video.

Ibu mereka, Yuzaini Mo

hamad, 38, berkata tujuannya membawa ketiga-tiga anak memakai uniform itu sebagai memberi sokongan kepada suami yang membuat persembaha­n udara selain dorongan buat mereka untuk mencapai cita-cita menjadi juruterban­g.

“Suami yang beli uniform mereka bertiga di Amerika Syarikat dan kami sekeluarga

datang hari ini (semalam) untuk memberi sokongan dan melihat sendiri persembaha­n udara daripada bapa mereka dan dia sendiri mahu anak-anak melihat kerjayanya,” katanya yang tiba dari Kluang, Johor kelmarin.

Yuzaini yang merupakan suri rumah berkongsi bahawa suaminya sudah berkhidmat

selama 27 tahun dalam ATM, mula menjalani latihan sejak tiga minggu lepas termasuk ketika hujung minggu untuk memastikan kejayaan membuat pertunjuka­n udara pada LIMA ‘23.

Orang ramai yang ingin mengunjung­i LIMA ‘23 yang kini berbaki satu hari boleh hadir di MIEC esok. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? COMEL: Mohamad Faizal, Muhammad Qais dan Muhammad Qaid bergaya dengan pakaian juruterban­g Tentera Udara ketika mengunjung­i Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Angtaraban­gsa Langkawi (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC).
— Gambar Bernama COMEL: Mohamad Faizal, Muhammad Qais dan Muhammad Qaid bergaya dengan pakaian juruterban­g Tentera Udara ketika mengunjung­i Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Angtaraban­gsa Langkawi (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia