Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA’23 edisi ke-16 kembalikan kemeriahan Langkawi

-

SELEPAS empat tahun penganjura­n terakhir Pameran Aeroangkas­a dan Maritim Antarabang­sa Langkawi (LIMA), edisi ke-16 tahun ini kembali membawa keceriaan kepada penduduk tempatan dan orang luar peminat LIMA yang sentiasa menantikan kehadiran acara bertaraf antarabang­sa itu.

Hari pertama segmen aeroangkas­a dibuka kepada umum semalam, menyaksika­n orang ramai telah mula beratur panjang sejak jam 7.30 pagi bagi memasuki pekarangan Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) di Langkawi dan ketika pertunjuka­n udara sempena LIMA’23, terpancar riak wajah yang takjub menandakan keterujaan mereka untuk merasai pengalaman melihat sendiri aksi aset-aset udara yang dipertonto­nkan selain pameran yang diadakan.

Seorang guru Mohamed Ali Zahari Al-Hafiz, 46, yang merupakan peminat tegar LIMA berkata beliau memang sentiasa menantikan penganjura­n acara dwitahunan itu untuk menyaksika­n pertunjuka­n udara oleh kumpulan aerobatik kesukaanny­a iaitu Russian Knights.

Beliau yang berasal dari Taiping, Perak turut berkongsi kekecewaan­nya apabila penganjura­n program itu tertangguh akibat pandemik COVID-19 pada edisi 2021, namun berasa ceria apabila mendengar khabar mengenai penganjura­n semula LIMA.

“Saya kalau ikut memang tak pernah missed datang ke acara LIMA ni sejak 2011 lagi, dah macam jadi acara tahunan bagi kami sekeluarga untuk datang dan tengok persembaha­n dan pameran yang disediakan,” katanya ketika ditemui di pekarangan MIEC bersama ahli keluargany­a.

Tinjauan Bernama turut mendapati walaupun cuaca panas dan kemudianny­a disusuli hujan renyai sebelum Langkawi kembali disinari

bahang terik, orang ramai masih setia untuk menonton pertunjuka­n udara yang disediakan.

Persembaha­n aerobatik yang berlangsun­g kira-kira sejam lebih pada hari ini (kelmarin) dimulakan oleh pasukan Black Eagles dari Korea Selatan diikuti oleh pasukan Jupiter (Indonesia), SU-300MKM Flanker (Malaysia), Russian Knights (Rusia) dan F/A-18D Hornet

(Malaysia).

LIMA’23 berlangsun­g selama lima hari iaitu tiga hari pertama 23 Mei hingga 25 Mei hanya dibuka kepada pelawat perdaganga­n manakala hari ini (kelmarin) dan semalam dibuka kepada orang awam.

Sementara itu, warga Jerman Gregor Verstraela­n, 45, yang menghabisk­an tiga hari pertamanya sebagai pelawat komersial pada acara itu, berkongsi pengalaman sulungnya

di LIMA’23 dengan menyatakan ia sangat mengagumka­n melihat begitu ramai pelawat.

“Saya seronok berada di sini dan ini adalah kali pertama saya mengikuti LIMA selepas ia terhenti akibat pandemik dan sangat menggembir­akan untuk melihat semua orang datang bersama keluarga dan bergembira meluangkan masa bersama-sama,” katanya.

Kelihatan sedang menguji model senjata di reruai Sarsilmaz sebuah syarikat persenjata­an dari Turkiye, Joshua Lim Kok Hua, 31, berkata LIMA’23 menjadi destinasi yang terbaik untuk beliau meluangkan masa bersama keluargany­a selain dapat menikmati keindahan Pulau Permata Kedah ini.

“Seronoklah datang sini dapat bawa anak-anak buah saya lihat sendiri barangbara­ng (pameran) yang unik dan kita juga dapat mendedahka­n mereka kepada budaya orang luar yang bukan dari negara kita,” katanya yang ditemani isterinya Catherine Khor Hooi Phing dan

tiga anak saudara.

Hamzah Osman, 60, seorang wartawan sambilan bagi agensi media tempatan yang sudah 16 kali membuat liputan LIMA sejak penganjura­n pertama pada 1991 berkata walaupun suasana berbeza dengan pengalaman­nya yang terdahulu, namun sambutan masih amat memberangs­angkan.

“Pertunjuka­n (LIMA ‘23) memang menarik dan disertai oleh pasukan aerobatik yang hebat dan sejak hari pertama malah sejak latihan lagi orang ramai dah mula berkampung di tempat-tempat strategik seperti Bukit Pemandanga­n Indah, hadapan Pusat

Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi dan pelbagai lagi hotspot.

“Dan bila dah diuar-uarkan dengan lebih awal pasukan aerobatik akan menyertai LIMA, orang ramai pun teruja... jadi dah terbukti pada hari terbuka untuk orang awam ini jalan sesak sampai (sepanjang) lima kilometer, kita pun lihat orang beratur panjang sejak awal pagi lagi orang teruja rata-rata di persekitar­an lapangan kapal terbang ni pun orang ramai,” katanya.

Osman yang menetap dan bertugas di pulau peranginan ini turut berkata penganjura­n LIMA sememangny­a sentiasa dinantikan oleh penduduk tempatan kerana kemampuan program bertaraf antarabang­sa itu untuk membuka pelbagai peluang pendapatan.

“...selalunya LIMA ini membawa ekonomi kepada penduduk tempatan, jadi bila takda LIMA dulu (akibat pandemik COVID-19 pada 2021) pendapatan penduduk pun terganggu...kita tak boleh nak kata apalah waktu tu,” katanya.

Penganjura­n LIMA’23 kali ini membabitka­n dua kementeria­n iaitu Kementeria­n Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementeria­n Pengangkut­an (sektor komersial). — Bernama

 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Pengunjung teruja untuk bergambar bersama juruterban­g Tentera Udara Korea Selatan, Black Eagles, yang mempamerka­n aksi aerobatik udara pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi.
— Gambar Bernama KENANGAN: Pengunjung teruja untuk bergambar bersama juruterban­g Tentera Udara Korea Selatan, Black Eagles, yang mempamerka­n aksi aerobatik udara pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERUJA: Kanak-kanak antara yang teruja melihat sendiri replika bot ketenteraa­n yang dipamerkan di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi.
— Gambar Bernama TERUJA: Kanak-kanak antara yang teruja melihat sendiri replika bot ketenteraa­n yang dipamerkan di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERPEGUN: Walaupun hujan, orang ramai tidak berganjak untuk menyaksika­n persembaha­n Pasukan Tentera Udara Korea Selatan, Black Eagles di Langkawi, kelmarin.
— Gambar Bernama TERPEGUN: Walaupun hujan, orang ramai tidak berganjak untuk menyaksika­n persembaha­n Pasukan Tentera Udara Korea Selatan, Black Eagles di Langkawi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia