Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA

-

SEPANG: Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Terdahulu, jenazah mangsa diterbangk­an menerusi pesawat MH115 yang berlepas dari Kathmandu, Nepal kelmarin (26 Mei) pada jam 11.30 malam (waktu Kathmandu).

Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu, Sabah dengan penerbanga­n MH2646 jam 11.35 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 2.15 petang ini (semalam).

Pada sesi penghormat­an terakhir yang diadakan di Kompleks Kargo KLIA di sini semalam, yang disertai lebih 70 anggota APM, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil dipimpin Lt Bersekutu Pertahanan Awam Miszlee Samais.

Raja Muda Kedah Tengku

Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff turut berkenan berangkat

menziarahi jenazah dan memberi penghormat­an terakhir.

Menteri di Jabatan Perdana

Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali kelmarin dilaporkan berkata atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar, Sabah dan kemudianny­a ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.

Jenazah Allahyarha­m akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni dengan mengikut istiadat penghormat­an APM.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kirakira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut.

Allahyarha­m ketika itu bersama seorang lagi pendaki negara Muhammad Hawari Hashim, 33, yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) pendengara­n.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang setelah berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu dan usaha mencarinya masih dijalankan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERKORBAN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengusung jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023), yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.
— Gambar Bernama TERKORBAN: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengusung jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023), yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia