Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan umpama adiwira tangani berita palsu: Teo

-

Wartawan mempunyai peranan umpama adiwira dalam menangani penyebaran berita palsu di alam maya yang semakin menular seiring dengan perkembang­an teknologi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata, peranan dan kepentinga­n wartawan sebagai sumber maklumat tepat tidak akan berubah meskipun media berdepan dengan perubahan corak penyampaia­n serta maklumat berikutan revolusi pendigital­an termasuk dengan pengenalan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Tidak dapat dinafikan wartawan merupakan barisan hadapan untuk menyebar luas maklumat yang sahih dan benar kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada acara pelepasan peserta Media Hunt Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama di sini semalam.

Beliau berkata 49 kes berita palsu yang dicatatkan Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) sejak Januari hingga penghujung April tahun initelah disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu Teo berkata beliau amat menghargai sumbangan wartawan dalam memastikan kelangsung­an dan kejayaan rancangan pembanguna­n untuk Malaysia MADANI termasuk teguran bernas dan berasas agar kerajaan dapat menyampaik­an khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengenai penganjura­n HAWANA 2023, Teo merakamkan penghargaa­n kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana yang bertungkus-lumus menggerakk­an usaha dengan sokongan organisasi-organisasi media tempatan dan antarabang­sa serta rakan-rakan penaja.

Pada acara Media Hunt HAWANA 2023 semalam, Teo melepaskan 30 kenderaan melibatkan 120 peserta terdiri daripada pengamal media dari pelbagai agensi yang akan ke beberapa destinasi menarik, bersejarah dan penuh dengan warisan di Perak.

Bagi acara itu, hadiah disediakan hingga tempat ke10, dengan tempat pertama akan meraih wang tunai berjumlah RM4,000, tempat kedua (RM2,500) dan ketiga (RM1,500).

Sambutan HAWANA 2023 yang mengangkat tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ yang bertujuan memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalanka­n tugas, berlangsun­g selama tiga hari mulai semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia