Utusan Borneo (Sarawak)

KKD pantau, sekat video sebar ajaran sesat di media sosial

-

KUALALUMPU­R:Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) akan memantau serta menyekat penyebaran sebarang video berunsur ajaran sesat termasuk dari negara jiran yang tular di media sosial.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata, pihaknya menerusi Suruhanjay­a Komunikasi­danMultime­dia(MCMC) akan bekerjasam­a dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan bahan seperti itu.

“Kitaakanpa­stikanpenu­laran ini bukan hanya disekat tetapi mereka yang terlibat dalam penularan itu juga boleh diambil tindakan. Jadi, itu sebab kenapa kita sentiasa beri peringatan untuk elakkan daripada menyebar bahan fitnah, melibatkan 3R (raja,agamadanka­um)termasukla­h ajaran sesat.

“Maka kita akan terus memantau, bila kita terima permohonan ataupun permintaan untuk ambil tindakan MCMC akan segera berhubung dengan penyedia perkhidmat­an platform tersebut,” katanya selepas merasmikan pelancaran Indah

Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)EcoPark@PantaiDala­m di sini malam kelmarin.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan satu majlisagam­aberunsurk­anajaran sesat di sebuah pesantren di negara jiran yang menyanjung Israel dan didakwa turut disertai ramai rakyat Malaysia sehingga menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan warganet.

Fahmiberka­taselainis­uajaran sesat, KKD akan mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat berunsur penipuan, scam dan penggunaan platform itu untuk menjual bahan terlarang termasuk dadah.

Menyentuh program malam kelmarin, beliau berkata pelancaran IWK Eco Park@Pantai Dalam dilihat mampu memberi manfaat dan meningkatk­an ekonomi penduduk setempat.

“Ruang ini sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti dan terdapat jugatapakj­ualanbagik­enderaan saji disediakan.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada IWK atas segala inisiatif yang telah dan akan dijalankan di IWK Eco Park@Pantai Dalam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia