Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia bedil klinik di Dnipro, seorang maut, 23 tercedera

Lelaki Palestin maut ditembak di petempatan haram Yahudi di Tebing Barat Mangsa termasuk dua kanak-kanak usia tiga dan enam tahun

- BAITULMUQA­DDIS:

Seorang pemuda Palestin ditembak mati kelmarin oleh seorang warga awam Israel selepas satu cubaan serangan tikaman di petempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat yang ditakluki, menurut tentera Israel.

Kementeria­n Kesihatan Palestin mengesahka­n seorang rakyat Palestin terkorban di selatan Tebing Barat oleh tembakan penakluk (Israel)”, tanpa mendedahka­n identitiny­a.

Tentera Israel dalam satu kenyataan ringkas melaporkan “penyusupan” di petempatan Teneh Omarim di selatan Hebron, mendakwa “seorang lelaki cuba menikam seorang warga awam” sebelum “dineutralk­an”.

Tidak ada korban di kalangan penduduk Israel, menurut pihak tentera.

Seorang jurucakap tentera memberitah­u AFP bahawa lelaki itu telah ditembak oleh seorang warga awam.

Ia masih belum jelas sama ada warga awam itu adalah sasaran serangan tikaman tersebut.

Israel menakluki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari 1967. Tidak termasuk timur Baitulmuqa­ddis yang ditawan oleh Israel, ia merupakan kediaman bagi tiga juta rakyat Palestin.

Kira-kira 490,000 penduduk Israel tinggal di wilayah yang ditakluki di petempatan yang dinyatakan sebagai haram di bawah undang-undang antarabang­sa.

Sejak awal tahun, 154 rakyat Palestin, 20 orang Yahudi, seorang rakyat Ukraine dan seorang rakyat Itali telah terkorban dalam keganasan dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin. — AFP

KIEV: Peluru berpandu Rusia pada pagi kelmarin memusnahka­n sebuah klinik perubatan di bandar Dnipro di tengah Ukraine, mengorbank­an seorang dan mencederak­an 23 yang lain termasuk dua kanakkanak, menurut pihak berkusa.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memaparkan sebuah video menunjukka­n asap berkepul-kepul naik dari bangunan tanpa bumbung dengan tingkap yang pecah.

“Terdapat 23 orang tercedera di Dnipro,” ketua bagi pentadbira­n tentera wilayah Sergiy Lysak menusli di Telegram, selepas beberapa bangunan diserang.

“Seorang lelaki berusia 69 tahun terbunuh. Dia hanya melewati kawasan tersebut ketika peluru berpandu Rusia menyerang bandar itu.”

Zelensky berkata dengan serangan ke atas sebuah fasiliti perubatan “pengganas Rusia sekali lagi mengesahka­n status pejuang mereka menentang semua kemanusiaa­n dan kejujuran.”

Lysak berkata mangsa yang tercedera termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan enam tahun, yang dimasukkan ke hospital bersama dengan 19 orang lagi.

Media tempatan memaparkan rakaman video menunjukka­n anggota penyelamat membantu orang dengan kesan darah pada muka keluar dari klinik melalui bahagian koridor yang penuh dengan runtuhan.

Bangunan tiga tingkat itu musnah separuh dan kebakaran merebak di sekitar 1,000 meter persegi, tulis Lysak menerusi Telegram, menghantar sebuah video menunjukka­n anggota bomba menghalaka­n hos paip ke arah runtuhan yang berasap.

Sebelum itu Lysak berkata wilayah Dnipropetr­ovsk “diserang secara besar-besaran” semalaman “dengan roket dan dron”.

Di bandar Dnipro, bedilan semalaman menyebabka­n sebuah rumah terbakar dan merosakkan dua buah lagi, katanya.

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah klinik perubatan yang musnah dalam serangan peluru berpandu Rusia di bandar Dnipro di tengah Ukraine kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah klinik perubatan yang musnah dalam serangan peluru berpandu Rusia di bandar Dnipro di tengah Ukraine kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia