Utusan Borneo (Sarawak)

I Can See Your Voice Malaysia kembali dengan musim keenam

Lebih menghiburk­an dengan penambahan ahli panel penyiasat tetap yang pasti memeriahka­n lagi suasana studio

-

keluarga nombor satu di Malaysia kini kembali dengan musim keenam. I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) merupakan sebuah program bercorak muzik misteri yang diadaptasi­kan daripada sebuah program popular Korea Selatan yang berjudul sama.

Musim lalu menampilka­n tiga ahli panel penyiasat, tetapi musim kali ini tampil berbeza dengan penambahan satu lagi ahli panel penyiasat yang pasti memeriahka­n lagi suasana studio.

I Can See Your Voice Malaysia musim keenam (ICSYVMY 6) akan bersiaran selama 11 episod dan membuka tirainya bersempena meraikan Sambutan Ulangtahun TV3 ke-39 iaitu bermula pada 4 Jun, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.

Penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www. tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Tugasan mengacara pada musim ini disandang oleh pelakon dan penyanyi terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu Izzue Islam dan Shiha Zikir.

Ini merupakan kali pertama mereka berganding di atas pentas yang sama khas untuk menghiburk­an peminat setia ICSYVMY.

Hujung minggu anda akan diceriakan lagi dengan pelbagai gelagat yang pasti menghiburk­an dari panel penyiasat tetap yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal tanah air iaitu Jihan Muse, Khir Rahman, Baby Shima dan Ropie.

Selepas Jihan membuat ‘comeback’ di pentas Anugerah Juara Lagu 37, beliau kini kembali semula ke ICSYVMY bagi memikul tanggungja­wab sebagai barisan panel penyiasat tetap pada musim ini.

Program muzik misteri ini memerlukan kata sepakat bagi mengenal pasti dan membuat keputusan siapakah penyamar.

Dengan itu, panel penyiasat tetap akan memperoleh bantuan dari penyiasat undangan yang berlainan setiap episod. Antara penyiasat undangan yang akan meriuhkan lagi suasana adalah Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.

ICSYVMY 6 mempunyai empat pusingan untuk artis jemputan mengenal pasti dan menyingkir­kan penyamar bersuara sumbang di tiga pusingan awal.

Jika peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan bukan itu sahaja, pemenang bagi setiap episod juga akan membawa pulang bekalan produk Cadbury selama setahun.

Manakala penyanyi sebenar akan mempunyai peluang untuk merakamkan sebuah single bersama artis popular tanah air.

Sidang produksi ICSYVMY 6 kali ini diketuai oleh Jamil Hassan selaku Penerbit Eksekutif dan Shahrizan Razalli sebagai Penerbit.

Sejak diperkenal­kan,

ICSYVMY telah mencipta fenomena tersendiri yang membuatkan sesi uji bakat untuk setiap musim sentiasa menerima sambutan yang luar biasa.

Sesi ujibakat musim baharu yang telah diadakan di Sri Pentas,

Bandar Utama pada 17 Mac hingga 19 Mac yang lalu telah menerima lebih daripada 700 penyertaan.

ICSYVMY 6 menampilka­n Digi oleh CelcomDigi sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, serta Cadbury Dairy Milk dan OPPO sebagai rakan penaja.

Anda sekeluarga kini adalah penyiasat! Maka jangan terlepas untuk siasat sambil berhibur bersama ICSYVMY 6 setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3 bermula 4 Jun ini, dan para penonton juga boleh strim langsung secara definisi tinggi menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

Bagi merancakka­n lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia