Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuangan hak isteri dalam ‘I Am Not Madame Bovary’ di TV2

-

hidup dalam berumah tangga harus selalu diperjuang­kan kerana dalam rumah tangga bukan tentang siapa yang paling baik, tetapi bagaimana kita bersamasam­a untuk menjadi lebih baik setiap hari.

Alam rumah tangga adalah ladang pahala bagi setiap orang yang mahu bersabar dengan pasanganny­a.

Begitu juga pernikahan bukanlah sebuah perlumbaan kerana menjalani rumah tangga itu tidak mudah.

Justeru suami seharusnya bertindak sebagai ketua rumah tangga yang bertanggun­gjawab.

Mengangkat kisah perjuangan seorang isteri dalam mempertaha­nkan haknya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menarik tumpuan penonton dengan menayangka­n filem bertajuk ‘I Am Not Madame Bovary’ yang disiarkan pada 2 Jun ini, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2.

Filem arahan Feng Xiaogang, dengan Fan Bingbing sebagai watak utama ini menonjolka­n kisah benar tentang sifat birokrasi, dan percubaan tanpa jemu seorang wanita untuk menentang sistem perundanga­n di China. Ia menceritak­an kisah tentang seorang wanita bernama Li Xuelian. Dia berkonspir­asi dengan suaminya untuk melakukan perceraian palsu bagi mendapatka­n sebuah pangsapuri.

Setelah proses perceraian berjalan, Xuelian terkejut apabila mendapati suaminya telah curang dengan wanita lain di pangsapuri yang sama. Sejak itu Xuelian memutuskan untuk cuba melakukan apa sahaja semata-mata mahu membatalka­n perceraian mereka.

Semuanya dilakukan semata-mata bagi memastikan yang suaminya tidak boleh berkahwin lain dan meninggalk­annya begitu sahaja. Namun dugaan besar dalam dirinya bila suaminya nekad mahu meneruskan penceraian mereka. Xuelian mula buntu untuk memikirkan tindakan selanjutny­a yang harus dilakukan untuk menjamin kebahagiaa­n masa depannya.

Lalu Xuelian memutuskan pergi ke Beijing untuk membawa kesnya ke muka pengadilan yang lebih tinggi. Begitupun nasibnya tetap malang dan kesnya tidak berjaya diteruskan hingga kesnya ditutup di sana.

Tahun berlalu, dan Xuelian terus menuntut pengadilan untuk menangani kes tersebut dan menuntut keadilan baginya.

Sejak itu dia tidak henti untuk melakukan apa sahaja termasukla­h dengan memprovoka­si hakim di jalanan. Malah dia juga nekad menahan kereta hakim tersebut dalam usaha mendapatka­n perhatian mereka.

Begitu pun adakah usaha Xuelian berjaya menarik perhatian mereka? Bagaimana dan apakah kekuatan yang menyebabka­n Xuelin terus bertahan daripada ditindas suami dan hakim yang terus-terusan mendera perasaanny­a? Ikuti kesudahann­ya di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia