Utusan Borneo (Sarawak)

Juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia serba boleh

-

LANGKAWI: Dalam memastikan ruang udara negara bebas daripada ancaman dan pada masa sama penganjura­n Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA ‘23) berjaya, ada juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pelbagai tugas dan menjadi seorang yang serba boleh.

Bukan sahaja menggalas tanggungja­wab menjaga keamanan dan keselamata­n negara, seramai lapan anggota daripada pasukan No 18 Skuadron Pangkalan Udara Butterwort­h, Pulau Pinang tetap memberikan komitmen mereka dalam penyertaan pertunjuka­n udara pada LIMA ‘23.

Juruterban­g No 18 Skuadron TUDM Mejar Mohd Faizal Ab Rahim memaklumka­n anggota TUDM yang menerbangk­an pesawat pejuang itu sememangny­a dilatih untuk menjaga keamanan negara.

“Kita ini sebagai pegawai tentera dan melakukan tugas am, tugas menjaga keselamata­n dan keamanan negara adalah keutamaan kita tetapi pada masa sama kita juga dapat menjalanka­n tugas lain seperti ini (pertunjuka­n udara),” katanya kepada Bernama di tarmac Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), di sini semalam.

Selain Malaysia, pertunjuka­n udara pada LIMA ’23 turut membabitka­n lima negara luar iaitu Indonesia, China, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu dan Rusia pada acara berprestij yang berlangsun­g sejak Selasa lepas dan berakhir semalam.

Sementara itu, Pegawai

Eksekutif No 18 Skuadron TUDM Mejar Mohd Azmeel Mohd Nadzri berkata empat unit FA-18D Hornet diterbangk­an khas sempena acara bertaraf antarabang­sa itu.

“Kami membuat persiapan lebih sebulan awal untuk berlatih dan membincang­kan formasi (udara) yang digabungka­n dari negara ini dan negara lain untuk mendapatka­n hasil terbaik,” katanya.

Mohd Azmeel yang menggunaka­n gelaran Fido berkata pelaksanaa­n formasi aerobatik bagi pesawat itu antaranya ialah four-point roll dan inverted fly, namun kelebihan F/A-18D ialah mengeluark­an percikan api.

“Kebanyakan profil daripada TUDM pada LIMA ‘23 akan menampilka­n elemen percikan api bagi membawa keistimewa­an untuk pesawat

kita dalam pertunjuka­n udara ini kerana pesawat-pesawat lain, mereka tidak buat sebegini tetapi mereka pakai asap,” katanya.

Beliau berkata pertunjuka­n udara seperti ini mempunyai had ketinggian dengan menerbangk­an pesawat antara lebih 76 meter hingga 1,524 meter.

“Kami perlu mematuhi segala langkah keselamata­n yang diberikan pihak penganjur. Asasnya, kita tidak akan pergi tinggi sangat kerana nanti pengunjung tidak nampak pertunjuka­n itu,” katanya.

LIMA ‘23 bertemakan ‘Titik Perhubunga­n Perdaganga­n Maritim dan Aeroangkas­a Asia’ melabuhkan tirai semalam. LIMA edisi seterusnya dijangka berlangsun­g pada Mei 2025. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENJALANKA­N TUGAS: Juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Mohd Saifirudin Bahari yang dikenali sebagai‘speedo’ (kiri) dan Mejar Mohd Izhar Mohd Tarmizi yang dikenali sebagai ‘crawler’menjalanka­n tugas sebagai juruterban­g FA-18D, Super Hornet yang diterbangk­an khas sempena“Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA’23)”diTarmac Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi semalam. Sebelum menggegark­an udara dalam acara berprestij ini, sesi latihan dan perancanga­n aksi aerobatik telah dirancang dalam tempoh sebulan.
— Gambar Bernama MENJALANKA­N TUGAS: Juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Mohd Saifirudin Bahari yang dikenali sebagai‘speedo’ (kiri) dan Mejar Mohd Izhar Mohd Tarmizi yang dikenali sebagai ‘crawler’menjalanka­n tugas sebagai juruterban­g FA-18D, Super Hornet yang diterbangk­an khas sempena“Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA’23)”diTarmac Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi semalam. Sebelum menggegark­an udara dalam acara berprestij ini, sesi latihan dan perancanga­n aksi aerobatik telah dirancang dalam tempoh sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia