Utusan Borneo (Sarawak)

Judi: 11 lelaki warga Indonesia ditahan polis

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 lelaki warga Indonesia kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian di sebuah kondominiu­m di Salak Selatan, Cheras, di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 29 tahun.

Beliau berkata, sindiket berkenaan akan mencari pelanggan dan menawarkan permainan judi dengan mendaftark­an akaun di laman web yang disediakan oleh suspek.

“Pemain akan diarahkan untuk membeli kredit yang bermula sebanyak 25,000 rupiah bersamaan dengan RM7 bagi membolehka­n mereka bermain judi di mana-mana platform aplikasi judi dalam talian.

“Transaksi kirakira RM500,000 hingga RM700,000 dikreditka­n oleh pemain ke dalam platform perjudian ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini semalam.

Beliau berkata, sindiket berkenaan menyasarka­n mangsa-mangsa senegara dengan mereka.

Susulan tangkapan itu, polis berjaya menyelesai­kan sebanyak 253 kes berhubung sindiket judi ini di daerah Cheras.

“Selain itu, polis turut merampas 12 unit monitor, enam unit komputer dan 23 telefon bimbit pelbagai jenama yang disyaki digunakan untuk melakukan kegiatan itu,” katanya.

Zam Halim berkata, kesemua suspek direman selama empat hari bermula 26 hingga 29 Mei ini manakala kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurutnya, polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti mencurigak­an melibatkan sindiket judi dengan menghubung­i IPD Cheras menerusi talian 0392845050/5051 atau manamana balai polis berdekatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia