Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia hargai bantuan kerajaan Nepal

Bantu urusan bawa pulang jenazah pendaki Everest Lt Kol Awang Askandar ke tanah air

- Kenyataan Wisma Putra

PUTRAJAYA: Malaysia merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan Nepal yang membantu dalam urusan membawa pulang jenazah pendaki Everest Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub ke tanah air semalam.

Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra memaklumka­n jenazah Allahyarha­m ketika ini sedang dalam penerbanga­n MH2646 ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dengan jangkaan tiba pada 2.05 petang.

“Kementeria­n ini juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Nepal, pihak berkuasa tempatan Nepal, penyumbang dana dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam urusan membawa pulang jenazah sehingga tempat persemadia­n terakhir di Sabah,” katanya.

Menurut Wisma Putra lagi, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Al-Amin bersama pegawai dari Pejabat Wilayah Sabah dan Bahagian Konsular Kementeria­n Luar akan menyambut ketibaan jenazah di KKIA.

Terdahulu, jenazah Allahyarha­m Awang Askandar yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah tiba di KLIA kira-kira 7.30 pagi semalam dari Kathmandu.

Jenazah Allahyarha­m akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni dengan mengikut istiadat penghormat­an APM.

Pada sesi penghormat­an terakhir yang diadakan di Kompleks Kargo KLIA pagi semalam yang disertai lebih 70 anggota APM, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil dipimpin Lt Bersekutu Pertahanan Awam Miszlee Samais.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddi­n dan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff turut berkenan berangkat menziarahi jenazah dan memberi penghormat­an terakhir.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut. — Bernama

“Kementeria­n ini juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Nepal, pihak berkuasa tempatan Nepal, penyumbang dana dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan bantuan dalam urusan membawa pulang jenazah sehingga tempat persemadia­n terakhir di Sabah.

 ?? — Gambar Bernama ?? PILU: Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub tiba di Masjid Jamek As- Salam Kampung Benoni, Papar semalam.
— Gambar Bernama PILU: Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub tiba di Masjid Jamek As- Salam Kampung Benoni, Papar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia