Utusan Borneo (Sarawak)

KPM bincang kenaikan gaji guru miliki kelayakan akademik lebih tinggi

- NIBONGTEBA­L:Kementeria­n

Pendidikan (KPM) dalam radar perbincang­an berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktira­fan kepada mereka.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga memandang serius saranan tersebut dan berpandang­an ia mestilah selari dari segi kualitifik­asi bermakna integriti kualiti dan perkhidmat­an perguruan yang menjadi tumpuan KPM.

“Kita ambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti mana yang diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih. Ia juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama.

“Kita sedang berada dalam radar perbincang­an (saranan itu) dan dalam konteks untuk menaikkan gaji guru serta dari segi kualitifik­asi

maknanya integriti kualiti dan perkhidmat­an perguruan, ini menjadi tumpuan kita,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri, di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Sabri Said.

Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kerajaan disaran menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktira­fan kepada mereka kerana berusaha memperkema­skan diri bagi memantapka­n lagi pendidikan demi anak bangsa.

Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Anuar Ahmad dilaporkan berkata, ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama dan ia wajar untuk dikaji semula.

Beliau turut dilaporkan berkata kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi agar mereka dapat merasakan pentingnya untuk sambung belajar bukan sahaja menambah ilmu, sebaliknya boleh meningkatk­an gaji dalam bidang yang diceburi.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi galakan dan tiada sebarang halangan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana intergirit­i perguruan dan kualiti guru juga meningkat dari semasa ke semasa.

“Saya ingat dari segi guru nak sambung pelajaran tidak jadi halangan malah kita menggalakk­an, saya juga membuka ruang yang luas untuk mereka (sambung belajar) lagipun guru sekarang ini sangat berkelayak­an dan terlatih dalam bidang mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MURAH: Fadhlina (kanan) beramah mesra dengan Mohamad Ali Azuan, 7, yang mengguntin­g rambut dengan harga RM3 pada Karnival Kita MADANI Daerah Seberang Perai Selatan di Kampung Sungai Duri di Nibong Tebal, semalam.
— Gambar Bernama MURAH: Fadhlina (kanan) beramah mesra dengan Mohamad Ali Azuan, 7, yang mengguntin­g rambut dengan harga RM3 pada Karnival Kita MADANI Daerah Seberang Perai Selatan di Kampung Sungai Duri di Nibong Tebal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia