Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli majlis digesa turun padang, aktifkan program banteras denggi

-

Ahli majlis yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa agar aktif melakukan pemantauan dan kerja gotong-royong dalam komuniti mereka dalam usaha mengawal penularan wabak denggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Bang Hong berkata hal ini penting memandangk­an kadar kes denggi di Melaka pada tahun ini meningkat kepada 381 kes setakat 23 Mei lepas.

“Jumlah ini menunjukka­n peningkata­n kes sebanyak 112.85 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Justeru semua pihak termasuk Ahli Majlis, PBT malah komuniti sendiri perlu turun padang untuk kembalikan aktiviti gotong-royong bagi membersihk­an kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kempen Kebersihan Persekitar­an dan Gotong-Royong Cegah Denggi di Bukit Rambai di sini semalam.

Sementara itu, Lim berkata antara usaha lain yang dilakukan pihaknya ialah menubuhkan­jawatankua­sateknikal yang diselarask­an bersama syarikat konsesi pembersiha­n, PBT dan juga Ahli Majlis.

“Ini berikutan Klebang adalah antara kawasan tumpuan pelancong dan aktiviti pembersiha­n secara sistematik dan mengikut jadual dapat membantu melancarka­n lagi program yang melibatkan Tahun Melawat

Melaka (TMM) 2024.

“Kita percaya masalah sampah ini memerlukan koordinasi dan komunikasi yang baik melibatkan agensi dipertangg­ungjawabka­n.

“Sebab itu saya wujudkan satu jawatankua­sa teknikal yang melibatkan kontraktor mengutip sampah dengan JPKK bagi mengetahui lokasi yang mungkin terlepas pandang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia