Utusan Borneo (Sarawak)

NTW tingkat pemahiran semula, peningkata­n kemahiran tenaga kerja

NTW 2023 merupakan acara dan aktiviti latihan yang diadakan di seluruh negara

- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) akan diadakan setiap tahun kerana ia membantu meningkatk­an pemahiran semula dan peningkata­n kemahiran tenaga kerja di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, NTW yang dianjurkan julung kalinya oleh Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) dan Human Resource Developmen­t Corporatio­n (HRD Corp) tahun ini mencatatka­n pencapaian memberangs­angkan.

“Tahun depan NTW akan diteruskan, jadi program tahunan yang melibatkan ramai majikan, pekerja dan latihan-latihan ditawarkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kemuncak NTW 2023 di sini semalam.

NTW 2023 merupakan acara dan aktiviti latihan yang diadakan di seluruh negara selama seminggu bermula 22 Mei dengan menampilka­n organisasi serta individu daripada pelbagai latar belakang dan industri untuk mengambil peluang membangunk­an diri dengan meningkatk­an kemahiran.

Program-program latihan di bawah NTW 2023 ditawarkan dan dianjurkan secara percuma.

Ahmad Zahid berkata latihan di peringkat NTW adalah penting untuk meningkatk­an produktivi­ti dalam kalangan

tenaga kerja di negara ini.

Beliau turut meminta KSM dan HRD Corp untuk melaksanak­an satu kaji selidik mengenai keperluan latihan bagi meningkatk­an produktivi­ti pekerja.

Sementara itu, Menteri SumberManu­siaV.Sivakumar

dalam ucapannya pada majlis berkenaan berkata NTW 2033 merekodkan 21,052 kursus, melibatkan 103,823 penyertaan dan 404,312 jam latihan setakat semalam.

“Kejayaan NTW 2023 bukanlah penamat dan perlu digalakkan dengan lebih banyak

program latihan dan kemahiran untuk rakyat Malaysia.

“NTW juga dapat menjadi inspirasi kepada sektor swasta dan industri dalam memperkena­lkan kaedah pembanguna­n kemahiran yang lebih inovatif dan kreatif,” katanya. — Bernama

“Tahun depan NTW akan diteruskan, jadi program tahunan yang melibatkan ramai majikan, pekerja dan latihan-latihan ” ditawarkan.

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI BERGAMBAR: Ahmad Zahid beramah mesra bersama peserta pada Majlis Kemuncak NTW 2023 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di Putrajaya, semalam. Turut hadir V. Sivakumar.
— Gambar Bernama SESI BERGAMBAR: Ahmad Zahid beramah mesra bersama peserta pada Majlis Kemuncak NTW 2023 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di Putrajaya, semalam. Turut hadir V. Sivakumar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia