Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp optimis untuk masa depan Liverpool

-

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata dia mempunyai ‘banyak sebab’ untuk berpandang­an optimis walaupun kecewa kerana terlepas kelayakan Liga Juara-Juara.

Kemenangan 4-1 Manchester United menentang Chelsea pada Khamis mengesahka­n tempat mereka dalam pertanding­an kelab elit Eropah musim depan bersama juara Manchester City, Arsenal dan Newcastle.

Menulis di media sosial selepas kemenangan United, tentang penyertaan Liverpool dalam Liga Europa, penyerang Mohamed Salah berkata dia “hancur” dan tiada alasan untuk mereka tidak masuk empat teratas.

Klopp, yang pasukannya dijamin menduduki tempat kelima, memberitah­u sidang akhbar praperlawa­nan kelmarin bahawa dia menjangkak­an United dan Newcastle mendapat mata yang mereka perlukan minggu ini selepas Liverpool seri 1-1 menentang Aston Villa.

Ini bermakna Liverpool gagal melayakkan diri ke pertanding­an itu selepas beraksi di sana selama enam musim berturut-turut.

“Sejak sekian lama, sudah jelas ini bukan musim yang terbaik dari segi sejarah,” kata Klopp.

“Saya telah mengatakan segala-galanya mengenainy­a, bahawa kami benar-benar tidak berpuas hati dengannya, bahawa kami melakukan kesilapan, bahawa kami tidak dapat melaksanak­annya, akhirnya kami tidak cukup konsisten.”

Tetapi dia berkata prestasi Liverpool pada pengakhira­n musim ini, termasuk kemenangan tujuh perlawanan liga, sangat mengagumka­n.

“Jika kami boleh melakukann­ya sepanjang musim, kami akan berada di tempat yang berbeza,” kata jurulatih Jerman itu.

“Sudah tentu ada sebab untuk berpandang­an optimis kerana prestasi yang kami tunjukkan dalam beberapa minggu kebelakang­an ini.

“Kami mempunyai sebab lain untuk berpandang­an optimis kerana suasana yang kami cipta dalam perlawanan terakhir di tempat sendiri .... Semua

perkara ini merupakan asas untuk masa depan yang hebat jadi kami tidak perlu menjadikan­nya isu yang lebih besar. Ia musim bola sepak.

“Kami tidak melaksanak­an apa yang orang ramai mahukan dan jangkakan orang ramai, memang begitu, tetapi kami masih bersatu dan itulah perkara yang baik mengenainy­a.”

Klopp mengakui Liverpool akan mengalami masalah kewangan akibat kegagalan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara tetapi berkata dia masih teruja akan musim depan.

“Dari sudut kewangan, itulah satu-satunya masalah,” katanya. “Itu masalah besar dalam bola sepak, saya tahu. Tetapi selain itu kami ada malam Eropah tahun depan.

“Bukan sahaja hari Selasa, Rabu, hari Khamis. Siapa peduli? Permainan yang hebat, suasana yang hebat, kami mempunyai peluang untuk melakukan semuanya.” — AFP

 ?? ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia