Utusan Borneo (Sarawak)

KBR2023 sebagai tarikan pelancong

Kuala Baram Cycling Race 2023 berpotensi jadi acara tahunan di Miri sebagai destinasi pilihan acara berbasikal di Sarawak

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Penganjura­n ‘Kuala Baram Cycling Race 2023’ (KBR2023) berpotensi untuk dijadikan acara tahunan sebagai tarikan pelancong ke Bandar raya Miri.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n, Datuk Sebastian Ting berkata aktiviti anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) itu merupakan salah satu inisiatif mempromosi­kan gaya hidup sihat memberi tumpuan kepada peningkata­n kualiti hidup dan kesejahter­aan rakyat.

“Malah, secara langsung aktiviti tersebut dapat mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pilihan dalam acara berbasikal di Sarawak.

“Program ini turut menjadi acara pelanconga­n dengan usaha konsisten penganjur melaksanak­an setiap tahun yang turut menarik sokongan daripada peminat aktiviti berbasikal sama ada tempatan ataupun luar negara,” katanya pada Majlis PraPelanca­ran KBR2023 di sini kelmarin.

Menurutnya, dengan usaha bersepadu dilakukan oleh penganjur dan semua pihak terlibat, beliau yakin program tersebut boleh dijadikan

salah satu acara pelanconga­n dalam kalendar pelanconga­n Sarawak.

“Saya difahamkan penganjura­n ini dijangka menarik sekitar 1,000 peminat sukan berbasikal tempatan dan luar negara mengambil bahagian.

“Ini merupakan peluang

terbaik mempromosi­kan acara tersebut sebagai aktiviti tahunan dan memperkena­l Bandar raya Miri secara amnya,” jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata, aktiviti berbasikal tersebut adalah sasaran di

bawah Bahagian Matlamat Pembanguna­n Mapan MBM dan pelaksanaa­n Rangka Kerja Bandar Karbon Rendah (LCCF).

Menurut Ting, sebuah bandar rendah karbon terbukti memberi manfaat terhadap kesihatan awam, ekonomi

dan persekitar­an hidup sihat.

“Usaha penganjura­n KBR2023 selaras usaha MBM menyemai kesedaran awam kalangan masyarakat terhadap kepentinga­n membangunk­an bandar rendah karbon membawa gaya hidup sihat

dan faedah jangka panjang kepada penduduk.

“Justeru, saya menggesa semua pihak termasuk sektor perniagaan terlibat dalam program atau sukan berbasikal memberi manfaat kepada ekonomi tempatan dan bersama menggalakk­an gaya hidup sihat kalangan masyarakat,” jelasnya.

Acara KBR2023 anjuran MBM dengan kerjasama Masterpiec­e Cycling Club akan berlangsun­g pada 29 dan 30 Julai depan bermula di Taman Buaya Kuala Baram.

Hadir sama pada majlis pra-pelancaran itu Timbalan Datuk Bandar MBM Ariffin Mohamad, Pemangku Setiausaha MBM Abdul Rahman Taupek, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Pelanconga­n MBM, Kaunselor John Trawe dan Pengurus Masterpiec­e Cycling Club, Abu Bakar Jolhassan.

“Malah, secara langsung aktiviti tersebut dapat mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pilihan dalam acara berbasikal di Ting” Sarawak. Datuk Sebastian Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

 ?? ?? TARIK PELANCONG: Ting (tujuh kanan) bersama tetamu pada majlis pra-pelancaran Kuala Baram Cycling Race 2023 bakal berlangsun­g pada 29 dan 30 Julai.
TARIK PELANCONG: Ting (tujuh kanan) bersama tetamu pada majlis pra-pelancaran Kuala Baram Cycling Race 2023 bakal berlangsun­g pada 29 dan 30 Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia