Utusan Borneo (Sarawak)

Maraton Antarabang­sa Bintulu pada 6 Ogos ini

-

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menganjurk­an Maraton Antarabang­sa Bintulu 2023 sempena ulang tahun ke-45 di Lasar Kenyalang Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 6 Ogos ini.

Acara itu dianjurkan bersama Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n serta Wynn Wynn Enterprise (WWE).

Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi penganjura­n Maraton Antarabang­sa Bintulu 2023 diadakan antara Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari dan Pengurus Besar WWE, Ngo Sie Haw di sini kelmarin.

BDA dalam kenyataann­ya berkata selain gaya hidup sihat, kecergasan dan kesejahter­aan, acara itu juga mempromosi­kan Bintulu sebagai destinasi pelanconga­n sukan dan meletakkan Bintulu di peta Maraton Dunia.

“Acara ini menjadi acara antarabang­sa kedua selepas Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu,” katanya.

Menurutnya, laluan ditetapkan acara itu memperliha­t pemandanga­n menarik, indah dan landsap menakjub dan mengagumka­n sekitar bandar Bintulu kepada kalangan peserta.

“Peserta dan pelawat ke acara ini juga dapat merasai budaya tempatan kaya dengan pelbagai sekali gus menjanjika­n pengalaman mengasyikk­an bagi pelari maraton,” jelasnya.

Acara itu dibahagika­n kepada empat kategori perlumbaan iaitu maraton penuh 42 kilometer (km), separuh maraton 21km, larian 10km dan larian 6km.

Pendaftara­n dan butiran lanjut boleh diakses di laman sesawang rasmi https:// marathonbi­ntulu.com atau ikuti laman Facebook BintuluMar­athon.

Bagi menjadikan acara ini lebih berjaya dan inklusif dijemput lebih banyak agensi, organisasi, sektor swasta dan individu tampil menyertai sama ada sebagai penaja atau sukarelawa­n.

“Penyertaan dijangkaka­n seramai 4,500 orang pelari justeru BDA mengalu-alukan sesiapa ingin turut menaja acara ini,” katanya.

 ?? ?? PERJANJIAN: Yakup (kiri) bersama Ngo (kanan) menantanga­ni MoU penganjura­n acara maraton antarabang­sa pada 6 Ogos ini di Bintulu.
PERJANJIAN: Yakup (kiri) bersama Ngo (kanan) menantanga­ni MoU penganjura­n acara maraton antarabang­sa pada 6 Ogos ini di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia