Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic buru kejuaraan Grand Slam ke-23 di Terbuka Perancis

-

PARIS: Novak Djokovic akan memburu kejuaraan Grand Slam ke-23 untuk memecah rekod di Terbuka Perancis tanpa pencabar lamanya, Rafael Nadal buat kali pertama sejak 2004, manakala Iga Swiatek cuba menjadi wanita pertama yang mempertaha­nkan gelaran itu dalam tempoh 16 tahun.

Pemain veteran Serbia,

Djokovic tidak akan menjadi pemain pilihan untuk merebut gelaran itu selepas bergelut dengan kecederaan siku dan gagal melepasi suku akhir dalam mana-mana tiga acara gelanggang tanah liatnya setakat musim ini.

Carlos Alcaraz yang telah memenangi Kejohanan Terbuka Barcelona dan Madrid kini dalam perjalanan untuk mengambil alih Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia, manakala Daniil Medvedev menjadi pilihan kedua untuk Roland Garros selepas kemenangan sulungnya di tanah liat di Rom.

Djokovic dan Alcaraz menjadi pilihan utama untuk bertemu di separuh akhir selepas diletakkan dalam undian yang sama.

Pemenang perseorang­an wanita pula dijangka ialah salah seorang daripada trio penyandang juara Swiatek, pemenang Terbuka Australia, Aryna Sabalenka atau Elena Rybakina.

Mereka telah memenangi empat gelaran Grand Slam terakhir dan sekurangku­rangnya seorang daripada mereka telah beraksi dalam setiap final WTA 1000 musim ini.

Swiatek, yang berusia 22 tahun semasa kejohanan itu, akan menjadi pilihan utama apabila dia memburu kejayaan ketiga Roland Garros dan kejayaan mempertaha­nkan kejuaraan wanita pertama sejak Justine Henin memenangi Terbuka Perancis untuk kali ketiga berturuttu­rut pada 2007.

Bintang Poland itu menarik diri daripada suku akhir Terbuka Itali menentang Rybakina akibat kecederaan paha tetapi dia berlatih di Roland Garros pada hari Rabu.

“Nasib baik tiada perkara serius berlaku, jadi saya cuti beberapa hari,” katanya pada Jumaat. — AFP

 ?? ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia