Utusan Borneo (Sarawak)

Obesiti di luar bandar kian meningkat

Ia memerlukan perhatian yang lebih bagi mengurangk­an kadar penyakit tidak berjangkit: Dr Sim

- Oleh Henrietta Liza

Kadar obesiti di kawasan luar bandar kian meningkat dan memerlukan perhatian yang lebih bagi mengurangk­an kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Kempen Keselamata­n Kebakaran Sempena Sambutan Hari Gawai Dayak dan prapelanca­ran ‘Malaysia Day Community Fun Run 2023’ di pasar raya Farley semalam.

“Baru-baru ini saya telah ke sebuah rumah panjang di Engkilili dan mereka meminta dana bagi menempah pakaian seragam yang baharu kerana baju lama tidak muat lagi.

“Jadi, kejadian obesiti ini tidak berlaku di kawasan yang membangun sahaja tetapi di kawasan luar bandar juga, maka itu adalah perlu untuk setiap daripada kita mengambil peduli akan kesihatan masing-masing,” katanya yang juga merupakan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.

Beliau berharap lebih ramai individu bakal menyertai Malaysia Day Community Fun Run 2023 anjuran Yayasan Farley pada 17 September nanti dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Farley Eijing Lau dalam ucapannya berkata, penganjura­n larian amal tersebut adalah untuk mengumpul dana dan kesedaran untuk pertubuhan amal.

“Semua hasil yang kami kumpulkan daripada yuran pendaftara­n akan didermakan kepada organisasi amal.

“Kami menyasarka­n seramai 2,500 peserta untuk larian ini. Pendaftara­n bermula hari ini (semalam) selepas sidang media ini nanti dan tarikh tutup pendaftara­n adalah pada 1 Julai akan datang.

“Yuran pendaftara­n ialah RM78

seorang dan 500 yang terawal mendaftar akan menikmati kadar diskaun awal sebanyak RM58,” tambahnya.

Beliau turut menyatakan harapan agar larian tersebut bukan sahaja dapat mengumpul dana dan kesedaran tetapi untuk menyatukan komuniti yang lebih baik.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman.

 ?? ?? AKTIVITI SIHAT: Dr Sim (tiga kanan) bersama Eijing (dua kanan) dan Khirudin (dua kiri) menunjukka­n kemeja, poster dan replika pingat larian amal Malaysia Day Community Fun Run 2023 di Farley Batu 6, Kuching semalam.
AKTIVITI SIHAT: Dr Sim (tiga kanan) bersama Eijing (dua kanan) dan Khirudin (dua kiri) menunjukka­n kemeja, poster dan replika pingat larian amal Malaysia Day Community Fun Run 2023 di Farley Batu 6, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia