Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah tiba di Brussels untuk lawatan rasmi, misi perdaganga­n ke EU

-

BRUSSELS: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladanga­n dan Komoditi Dato Sri Fadillah Yusof tiba di Brussels, Belgium jam 5.30 pagi waktu Malaysia untuk lawatan rasmi dan misi perdaganga­n ke Kesatuan Eropah (EU).

Turut menyertai lawatan pertama beliau ke Eropah sejak memegang jawatan itu ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Mohamed Helmy Othman Basha, Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Carl Bek-Nielsen serta Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Misi ke EU adalah misi bersama dengan kerajaan Indonesia di bawah

Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC).

Pada 9 Februari 2023 di Jakarta, Indonesia, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinato­r Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Dr (HC) Airlangga Hartarto telah bersetuju untuk melindungi kepentinga­n sektor minyak sawit dengan memperkuku­h usaha dalam menangani diskrimina­si terhadap minyak sawit.

Ia sebagai tindak balas kepada pelaksanaa­n Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diumumkan EU pada 6 Disember 2022 bertujuan untuk mencegah penebangan hutan bagi aktiviti pertanian.

Semasa misi di Brussels, keduadua menteri dijangka mengadakan pelbagai mesyuarat dan sesi libat urus dengan pemimpin tertinggi EU untuk menjelaska­n pendirian negaranega­ra anggota CPOPC mengenai pelaksanaa­n EUDR, yang bukan sahaja menyasarka­n industri minyak sawit tetapi juga menjejaska­n kehidupan berjuta-juta pekebun kecil.

Sebagai ahli CPOPC, Malaysia komited untuk terlibat secara aktif dalam platform ini dan meneruskan agenda menentang kempen negatif negara Barat terhadap minyak sawit.

Sesi libat urus dengan EU akan dipergiat bagi mencapai hasil yang diharapkan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara pengeluar minyak sawit.

 ?? — Gambar Bernama ?? MISI PENTING: Fadillah selamat tiba di hotel penginapan­nya sempena Misi ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium disusuli dengan Lawatan Rasmi ke London, United Kingdom pada 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023.
— Gambar Bernama MISI PENTING: Fadillah selamat tiba di hotel penginapan­nya sempena Misi ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium disusuli dengan Lawatan Rasmi ke London, United Kingdom pada 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia