Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan tidak bertauliah diingatkan tidak lapor berita tidak sahih

-

Wartawan tidak bertauliah diingatkan supaya tidak melaporkan berita yang tidak sahih sehingga memberi persepsi yang salah terhadap kerajaan.

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, ini kerana ada segelintir wartawan itu (tidak bertauliah) ‘nakal’ dan melaporkan berita yang mungkin memberi tanggapan yang salah kepada masyarakat.

“Bagaimanap­un, kita tidak boleh menyingkir­kan media ini kerana sesetengah daripada mereka sangat positif, sekali gus membolehka­n kita tahu isu yang berlaku di kawasan berkenaan. Malah Premier kita pun beranggapa­n begitu juga.

“Jadi di sinilah kita memerlukan media rasmi (bertauliah) untuk membantu

menyebarka­n pembanguna­n kerajaan seperti isu rakyat, jalan berlubang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Teh sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 Sarawak yang disempurna­kan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, semalam.

Mengulas mengenai HAWANA, Abdullah berkata wartawan memainkan peranan utama di antara masyarakat dan pemimpin terutama pada zaman era digital ini.

“Jasa dan khidmat mereka tidak dapat digambarka­n kerana wartawan memainkan peranan penting dalam perjalanan membina pembanguna­n dan modal insan di Sarawak dan Malaysia.

“Wartawan juga mengalami cabaran yang mana penggunaan media sosial secara terbuka tanpa kawalan membuka ruang kepada golongan atau individu tidak bertanggun­gjawab memfitnah tanpa asas kebenaran dan menyalurka­n maklumat yang salah.

“Di sini kita harus berhatihat­i untuk menyampaik­an apa yang betul dan yang salah khususnya perkara sensitif yang dimainkan oleh orang yang tidak bertanggun­gjawab,” kata beliau.

 ?? ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia