Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak dijangka dibentang pada Okt

-

Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak dijangka dibentangk­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober akan datang, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Dr Sim berkata, cadangan pindaan tersebut adalah untuk memastikan setiap unit rumah yang baru dibina dilengkapi dengan alat pengesan dan penggera kebakaran.

“Saya telah memaklumka­n Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (SAG), ia akan dibentangk­an Oktober nanti selepas mengumpulk­an input daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, jurutera dan arkitek profesiona­l.

“Walaupun ada sebilangan yang berkata ia agak mahal. Bagaimanap­un anda boleh memasang alat penggera kebakaran yang anda mampu, asalkan alat penggera tersebut diperakui oleh bomba… ia bukan satu isu.

“Ada juga yang berkata kerajaan sengaja mahu menaikkan harga rumah kerana pemasangan alat penggera tersebut, ini adalah tidak benar,” katanya pada sidang media pada pelancaran Kempen Keselamata­n Kebakaran Sempena Sambutan Hari Gawai Dayak dan Prapelanca­ran Malaysia Day Community Fun Run 2023 di pasar raya Farley semalam.

Beliau yang juga Menteri

Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menyuaraka­n kerisauan apabila pada tahun lalu, Sarawak menunjukka­n peningkata­n kes kebakaran serta melibatkan 13 orang maut.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita jumlah balai bomba yang diperlukan Sarawak buat masa ini, Dr Sim menjawab pembinaan balai bomba perlu mengikuti kriteria yang dikhaskan untuk keadaan geografi muka bumi negeri ini.

Katanya, penilaian risiko kebakaran yang diguna pakai bagi pembinaan balai bomba di Semenanjun­g Malaysia tidak boleh diadaptasi di sini.

“Inikeranad­ibinamengi­kut penilaian risiko kebakaran yang bergantung kepada jumlah populasi, jarak dan sebagainya.

“Kita akan cadangkan kepada Kementeria­n Pembanguna­n dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bahawa Sarawak perlu kategori lain untuk penilaian risiko kebakaran,” jelasnya kemudian.

Turut hadir Pengarah JBPM Sarawak Datu Khirudin Drahman dan Pengerusi Yayasan Farley Eijing Lau.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Dr Sim (tengah) ketika bercakap kepada pemberita ditemani Khirudin (kiri) dan Eijing (kanan) di pasar raya Farley semalam.
SIDANG MEDIA: Dr Sim (tengah) ketika bercakap kepada pemberita ditemani Khirudin (kiri) dan Eijing (kanan) di pasar raya Farley semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia