Utusan Borneo (Sarawak)

Konvoi Kembara Merdeka 60 Tahun Sarawak Merdeka tiba di Miri

-

Konvoi Kembara Merdeka 60 Tahun Sarawak Merdeka yang berlepas dari bahagian Limbang kelmarin tiba di lokasi seterusnya, bandar raya Miri petang semalam.

Ketibaan konvoi membabitka­n 10 kereta dan 60 motosikal berkuasa tinggi itu disambut Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin.

Pasukan Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Limbang diketuai Timbalan Menteri Pembanguna­n Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.

Dalam ucapannya, Lee berkata genap 60 tahun Sarawak mencapai kemerdekaa­n daripada Kerajaan British pada tarikh keramat 22 Julai 2023 ini.

“Disebabkan itu, sambutan ini amat signifikan bagi semua rakyat Sarawak dan tidak terkecuali di bahagian Miri kerana memberi satu naratif perjalanan kemajuan Sarawak menghadapi pelbagai cabaran danrintang­anmembangu­ndan menyediaka­n sebuah landasan cukup baik seperti dikecapi masa kini,” katanya.

ADUN Senadin itu berkata, sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka tahun ini, Kerajaan Sarawak merangka pelbagai program dijalankan di seluruh bahagian Sarawak.

Program-program itu merupakan medium kerajaan negeri bagi menyampaik­an inisiatif-inisiatif dalam mencapai kemakmuran, keharmonia­n serta perpaduan seiring dengan pembanguna­n mapan khususnya di bahagian Miri.

Ia juga merupakan landasan menyemai semangat jati diri setia kepada negara dan memperkuku­h semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Di samping itu, kita harus tidak lupa pada jasa dan pengorbana­n barisan pemimpin terdahulu menyediaka­n segala kemakmuran, pembanguna­n dan keharmonia­n dinikmati pada masa kini.

“Legasi ini seharusnya dihargai, dipertahan­kan dan diteruskan oleh setiap lapisan masyarakat di Bumi Kenyalang ini,” jelasnya.

Malah, menjadi tanggugjaw­ab rakyat bersama memajukan Sarawak dengan meningkatk­an produktivi­ti, taraf ekonomi, sifat berdaya saing selari dengan perkembang­an modal insan dalam masyarakat di Sarawak.

Ia seperti pelaksanaa­n PCDS 2030 yang menjurus kepada pembanguna­n teknologi, inovasi, ekonomi hijau dan biru serta sektor-sektor ekonomi lain yang sama penting untuk meningkatk­an taraf hidup anak-anak Sarawak.

Sempena perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka ini, bersama kita terus menjaga perpaduan kaum dan bergerak maju serta progresif memastikan Sarawak terus maju dan makmur seperti tema bagi sambutan ‘Sarawak Maju Makmur’.

Konvoi Kembara Merdeka kemudian bergerak dari bahagian Miri ke Bintulu selepas selesai program konvoi ke semua lima daerah di bahagian Miri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut serta mengikuti kembara dari Miri ke Bintulu dan ‘flag-off’ dijadualka­n pada 10 Jun ini di Stadium Bandaraya Miri, jam 10 pagi.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (Pelanconga­n) Datuk Sebastian Ting, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dr Ripin Lamat dan Residen Bahagian Miri Jamalie Busri serta Residen Bahagian Limbang Unus Tambi.

 ?? ?? SELAMAT TIBA: Konvoi Kembara Merdeka 60 Tahun Sarawak membabitka­n 60 motosikal berkuasa tinggi selamat tiba di bandar raya Miri petang semalam.
SELAMAT TIBA: Konvoi Kembara Merdeka 60 Tahun Sarawak membabitka­n 60 motosikal berkuasa tinggi selamat tiba di bandar raya Miri petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia