Utusan Borneo (Sarawak)

Uggah adakan rumah terbuka Gawai di BCCK pada 1 Jun

-

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan menganjurk­an Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 1 Jun ini.

Penganjura­n majlis itu turut disertai seramai 16 menteri dan timbalan menteri daripada persekutua­n dan negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada komuniti Dayak.

Uggah berkata, majlis rumah terbuka itu diadakan dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

“Kita amat berterima kasih kerana Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang sudi menjadi tetamu kehormat kami.

“Mereka dijangka akan menghadiri majlis ini sekitar jam 11.30 pagi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Uggah menjemput orang ramai berkunjung ke majlis tersebut dan berkongsi kegembiraa­n menyambut perayaan Gawai bersama-sama.

“Kedatangan anda semua (orang ramai) amat dialu-alukan bagi memeriahka­n majlis ini,” ujarnya.

Uggah berkata, antara pemimpin Dayak yang terlibat dalam penganjura­n majlis rumah terbuka itu ialah Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Turut serta Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong.

“Sementara yang lain ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pelabuhan Datuk Majang Renggi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Telekomuni­kasi) Datuk Liwan Lagang dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

“Selain itu, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, lndustri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Pengangkut­an Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu,

Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Martin Ben dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat,” katanya.

Sementara itu katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri di BCCK pada 7 Jun depan.

Turut hadir memeriahka­n majlis itu nanti katanya, adalah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia