Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat standard bandar capai wilayah bertaraf antarabang­sa

Ini merupakan hala tuju Sarawak sebagai negeri maju pada 2030, usaha kerajaan negeri telah menampakka­n hasil

- Oleh Steve Annuar Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

MIRI: Usaha Kerajaan Sarawak mengangkat standard bandar-bandar di negeri ini dengan pembanguna­n ekonomi baharu membantu mengangkat standard Sarawak sebagai wilayah bertaraf antarabang­sa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini merupakan hala tuju Sarawak sebagai negeri maju pada 2030 dan usaha kerajaan negeri telah menampakka­n hasil.

Beliau berkata, untuk projek bandar raya pintar, Miri berada di hadapan dan menjadi contoh terbaik daripada aspek penggunaan aplikasi dalam pengurusan­nya.

“Selain itu, pembinaan bangunan berteraska­n hijau di Miri serta langkah melengkapk­an Miri dengan infrastruk­tur moden dan peralatan canggih mengangkat standard Miri sebagai bandar raya antarabang­sa,” katanya pada jamuan malam penutupan Mayfest di sini malam kelmarin.

Abang Johari berkata, langkah itu juga mengangkat

Sarawak sebagai wilayah menuju ekonomi hijau mementingk­an penjagaan alam sekitar dan persekitar­an hijau.

Katanya, kalau Miri dan bandar lain dapat diubah secara standard antarabang­sa diterima sudah tentu mengangkat Sarawak sebagai wilayah antarabang­sa dan menggunaka­n ekonomi baharu.

“Kerajaan negeri memperkena­l ekonomi hidrogen dan karbon serta pertama memperkena­l dasar Penggunaan dan Penyimpana­n Karbon

(CCUS) menjadi hak negeri ini termasuk pengurusan dan perdaganga­n karbon.

“Kajian tentang mikro alga atau lumut bermula sejak 2018 juga menampakka­n hasil tahun ini dan kajian mikro alga boleh menghasilk­an minyak mapan dan bahan kompaun anti viral sesuai untuk perubatan,” jelasnya.

Mengulas tentang penggunaan Bahan Api Penerbanga­n Lestari (SAF), beliau berkata kerajaan negeri bekerjasam­a dengan Aerospace Industry

Inovation Centre Of Malaysia, SEDC Energy dan pesawat Airbus mengeluar SAF secara berskala besar.

“Kita memasuki ekonomi baharu dari segi perdaganga­n karbon dan mempertaha­n kehijauan, sebenarnya kita sangat maju dalam hal ini,” katanya.

Beliau menambah, kemajuan diakui kerajaan pusat sekali gus mengangkat standard dan mengubah ekonomi dengan dasar-dasar baharu disumbang daripada ilmu kepakaran anak-anak Sarawak sendiri.

Dari aspek pendidikan, Abang Johari mahu anak-anak Sarawak mendapat pendidikan tinggi di universiti dan kolej antarabang­sa milik kerajaan negeri yang menawarkan kursus dan disiplin terkini berdasarka­n teknologi dan ekonomi.

“Sekolah antarabang­sa juga dibina di ibu negeri dan dibangunka­n di Miri untuk pelajarpel­ajar cemerlang termasuk daripada keluarga B40 dan M40.

“Kalau kita mempunyai dana yang banyak, kita laburkan dalam dana berdaulat dan memberi pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak

Sarawak. Ini niat kita dan anak Sarawak belajar di universiti sendiri dan dana dibiayai Yayasan Sarawak,” jelasnya.

Abang Johari berkata, perolehan pendapatan yang meningkat membenarka­n kerajaan negeri melaksanak­an pelbagai perancanga­n pembanguna­n baharu.

Pada tahun lalu, Sarawak menerima pendapatan berjumlah RM12 bilion. Untuk suku pertama tahun ini, perolehan pendapatan adalah RM5 bilion iaitu 45 peratus daripada hasil diunjurkan iaitu RM11 bilion untuk sepanjang 2023.

Mengenai pembanguna­n fasa kedua Dewan Bandaraya

Miri (DBM), Abang Johari berkata kerajaan negeri membuat kajian tentangnya termasuk kos pembinaan.

“Kalau tertakluk kepada kos dan daya hidup, boleh kita buat tetapi mengikut keadaan, kalau (projek) dapat memberi simbol kemodenan dan simbol moden teknologi di Miri,” katanya.

Terdahulu, ADUN Pujut dan Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, majlis itu adalah penutupan aktiviti-aktiviti dianjurkan sepanjang Mei diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-18 Miri setelah mencapai status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai persembaha­n tarian kebudayaan kaum di sini.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta barisan menteri lain.

Selain itu, pembinaan bangunan berteraska­n hijau di Miri serta langkah melengkapk­an Miri dengan infrastruk­tur moden dan peralatan canggih mengangkat standard Miri sebagai bandar raya antarabang­sa.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Yii disaksikan tetamu lain pada majlis tersebut di Miri malam kelmarin.
TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a penghargaa­n daripada Yii disaksikan tetamu lain pada majlis tersebut di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia