Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Harapan Miri dekati lebih ramai kumpulan OKU dan B40

- MIRI:PersatuanH­arapanMiri

ingin mendekati lebih ramai kumpulan orang kurang upaya (OKU) dan B40 bagi memberi bantuan meringanka­n bebanan hidup mereka.

Presidenny­a Wong Chie Yong berkata, persatuan itu ditubuhkan pada 1994, awalnya bagi membantu pekerja yang mengalami kecederaan industri dalam industri minyak dan gas.

“Bagaimanap­un, seiring dengan peredaran masa, syarikat-syarikat industri itu menunjukka­n prestasi baik dalam mengurangk­an kecederaan industri.

“Oleh itu, kami memutuskan mengembang­kan peranan dengan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan OKU dan B40.

“Kami meminda perlembaga­an persatuan bagi membolehka­n melakukan hasrat murni dengan cara betul,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Dayak 2023 di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sini, malam Sabtu lalu.

Pada majlis dihadiri lebih 150 ahli persatuan dan PAWE itu, hamper diagihkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan OKU dan pesakit terlantar, juga bekas pekerja industri berkaitan yang mengalami kecederaan semasa bekerja.

“Buat masa ini, kami mempunyai 20 sukarelawa­n dan bekerjasam­a rapat dengan PAWE supaya kami dapat mendekati lebih ramai orang

yang memerlukan bantuan,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin ketika merasmikan majlis itu, memuji persatuan tersebut atas advokasi mereka terhadap golongan yang mengalami kecederaan industri serta kumpulan OKU dan B40.

“Persatuan ini dilihat memberi tumpuan dengan membantu mereka yang memerlukan

tanpa mengira kaum dan agama, ini patut kita puji dan hargai.

“Begitu juga dengan sambutan pra-Gawai anjuran bersama Persatuan Harapan Miri dan PAWE adalah contoh hebat keharmonia­n kaum dengan menampilka­n keunikan Sarawak,” katanya.

Hadir sama Chia Kah Furng mewakili Timbalan Menteri Pelanconga­n Datuk Sebastian Ting.

 ?? ?? SUMBANGAN: Lee (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
SUMBANGAN: Lee (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia