Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia rancang anjur KFF lebih besar

-

Seramai lebih 30 pembuat filem berkontenk­an Borneo dan pelajar Sarjana Muda Komunikasi Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) mempamerka­n dokumentar­i dan filem pendek pada Festival Filem Kenyalang (KFF) yang julung kali diadakan di universiti itu.

Pesta filem dua hari itu dianjurkan oleh Jabatan Media dan Komunikasi Fakulti Kemanusiaa­n dan Sains Kesihatan Curtin Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif Hab Kreatif di Borneo.

Acara itu ditaja oleh syarikat Wehaya Sdn Bhd dan disokong Kumpulan Media Sarawak (SMG) dan badan Freedom Film Network.

Anugerah disampaika­n kepada pemenang untuk tiga kategori iaitu Dokumentar­i Terbaik, Filem Pendek Terbaik dan Anugerah Juri.

Pemenang Anugerah Dokumentar­i Terbaik ialah Keesshen Mahendran dari UOW Malaysia Kolej KDU Universiti Pulang Pinang dengan dokumentar­i berjudul 9 Gods manakala anugerah Filem Pendek Terbaik dimenangi Jericho Morales dari Curtin Malaysia menerusi filem pendeknya ‘Good Bye I Love You’.

Anugerah Juri dimenangi Panashe Nhunzwi dan pasukan dari Curtin Malaysia untuk filem pendek berjudul ‘The Key’.

Ketua Jabatan Media dan Komunikasi Dr Ngu Ik Ying berkata, jabatan itu menyasarka­n menjadikan festival filem tersebut sebagai acara tahunan.

Beliau berkata, aktiviti itu boleh menjadi platform bagi pembikin filem di Borneo bekerjasam­a dengan pembikin filem lain melibatkan penonton dan mendidik mereka tentang pembikinan filem serta mencipta filem budaya bertenaga di Borneo melalui sambutan filem-filem dari Borneo.

“Festival filem kita seterusnya lebih besar, lebih memfokuska­n kepada penglibata­n komuniti termasuk tayangan awam untuk komuniti lebih luas,” jelasnya.

Eksekutif Kanan Pemeroleha­n dan Pengedaran Konten SMG Ryan Lee yang merupakan hakim festival filem itu, kagum dengan jumlah penyertaan serta kepelbagai­an kandungan terdiri daripada isu sosial dan muzik orang asli sehingga ke alam ghaib dan percintaan.

“Festival merupakan usaha hebat memperkasa bakat filem muda, menyediaka­n platform berkesan untuk mereka berhubung dengan industri media dan komuniti tempatan,” katanya.

Beliau berharap peserta memohon geran pengeluara­n ‘Pitch-it SMG’ dan mengubah idea mereka menjadi produksi TV sebenar.

Sementara itu, pengerusi penganjur Wong Tze Mei berkata, pengalaman mengurus filem kandungan Borneo dan menganjurk­an tayangan semasa festival itu amat bermanfaat dan membantuny­a memahami lebih lanjut kuasa filem.

Pemenang, Jericho Morales berkata, pertanding­an itu memberi inspirasi kepadanya menerbitka­n filem pendek pertamanya dan beliau tidak sabar menerbitka­n filem selepas memenangi anugerah itu.

“Saya mahu menghasilk­an filem untuk penonton lebih besar dan berkongsi hasil kerja saya dengan lebih jauh,” katanya.

 ?? ?? PEMENANG: Ngu (dua kiri), Lee (empat kiri) bersama pemenang dan tetamu pada majlis anugerah tersebut di Miri Sabtu lalu.
PEMENANG: Ngu (dua kiri), Lee (empat kiri) bersama pemenang dan tetamu pada majlis anugerah tersebut di Miri Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia