Utusan Borneo (Sarawak)

Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT bantu pelajar

Antara pilihan utama pelajar kerana ia pinjaman tanpa faedah, merangkumi yuran pembelajar­an sepenuhnya

-

KUCHING: Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) menawarkan pelbagai bantuan kewangan untuk pelajar dan salah satunya adalah Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT.

Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana pinjaman kewangan ini telah meringanka­n beban dan tekanan sekali gus memberikan saya lebih banyak masa untuk berehat serta membolehka­n saya menumpukan perhatian yang lebih baik dalam pelajaran saya.

TAR UMT dalam kenyataan medianya berkata, dana ini adalah antara pilihan utama para pelajar kerana merupakan pinjaman tanpa faedah dan ia merangkumi yuran pembelajar­an sepenuhnya.

Sehingga kini katanya, terdapat 119 dana pinjaman pelajar berpusinga­n tanpa faedah.

Sejak penubuhann­ya pada 1979, hampir 15,000 pinjaman tanpa faedah telah diberikan dengan lebih daripada RM57 juta telah diagihkan setakat ini.

“Di TAR UMT, kami berpegang teguh bahawa setiap individu harus mempunyai peluang yang sama untuk menerima pengajian tinggi yang berkualiti dan berkemampu­an, termasuk pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampu­an.

“Pihak Universiti sentiasa menawarkan pelbagai bantuan kewangan kepada pelajar untuk meringanka­n beban kewangan ibu bapa mereka. Ini amat penting terutama selepas pandemik COVID-19,” katanya.

Menurutnya, antara penerima Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT adalah Sheryl Ho Xin Yi yang telah menerima bantuan kewangan daripada Dana Pinjaman Pelajar TARC – Toh Kim Eng.

Sejak menerima bantuan kewangan ini, Sheryl berkata, dia tidak lagi risau mengenai pembayaran yuran semester baharu.

“Saya masih bekerja sambi

Sheryl Ho Xin Yi Penerima Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT

lan dari semasa ke semasa untuk menambah wang saku.

“Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana pinjaman kewangan ini telah meringanka­n beban dan tekanan sekali gus memberikan saya lebih banyak masa untuk berehat serta membolehka­n saya menumpukan perhatian yang lebih baik dalam pelajaran saya,” katanya.

Sheryl bergantung kepada ibu tunggalnya dan status kewangan keluargany­a tidak begitu memberangs­angkan ketika dia berdaftar untuk belajar di TAR UMT.

“Ibu saya berusaha sedaya upaya untuk membayar perbelanja­an makanan dan sewa, tetapi beliau tidak mampu untuk membayar yuran pengajian saya.

“Sebelum ini, saya cuba memohon untuk pinjaman pendidikan PTPTN tetapi permohonan saya tidak berjaya.

“Saya seterusnya mendapatka­n nasihat daripada Unit Kaunseling di Jabatan Hal Ehwal Pelajar di TAR UMT dan mereka mencadangk­an untuk saya memohon Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT,” tambahnya.

Menurut kenyataan TAR UMT, satu lagi pilihan bantuan kewangan ialah Pelan

Pembayaran Flexi PRIHATIN TAR UMT.

Pelan ini katanya, memudahkan pelajar membayar yuran semester pertama secara ansuran dengan pelajar hanya perlu membayar yuran permulaan sebanyak RM263 untuk memulakan pengajian di TAR UMT.

“Baki yuran boleh dibayar secara berperingk­at sehingga minggu ke-5 atau ke-9, bergantung kepada sesi pengambila­n.

“Pelan ini ditawarkan untuk kemasukan ke program asasi, diploma dan ijazah sarjana muda untuk semua sesi pengambila­n tahun 2023,” katanya.

Selain itu ujarnya, terdapat pelbagai biasiswa dan dermasiswa untuk mereka yang berkelayak­an.

Antaranya adalah The Star Education Foundation, Sin Chew Daily Education Fund, Nanyang Tertiary Education Fund, TAR UMT – TAA Scholarshi­p, ‘TAR UMT – TAA Scholarshi­p (Top Glove), TAR UMT–Jinbodhi Bursary, TAR UMT Sports Scholarshi­p dan dermasiswa untuk pemain peringkat negeri atau kebangsaan.

Di samping itu, pelbagai syarikat korporat dan organisasi turut membantu pelajar

berkelayak­an dengan menawarkan biasiswa dan geran, seperti Yayasan Ann Joo Undergradu­ate Scholarshi­p, Hotayi Scholarshi­p, Kuok Foundation Study Grants dan C Y Tan Foundation.

Kishern Asok Kumar adalah salah seorang penerima dermasiswa TAR UMT-Jinbodhi.

Katanya, dia berjaya memperoleh dermasiswa itu sepanjang tempoh empat tahun pengajiann­ya dari peringkat diploma sehingga ijazah sarjana muda.

“Saya mendaftar untuk bantuan kewangan ini melalui Jabatan Hal-Ehwal Pelajar TAR UMT. Kemudianny­a, saya telah dipilih untuk proses temu duga di mana saya perlu menjelaska­n sebab saya begitu memerlukan bantuan tersebut. Dan saya amat bersyukur apabila diberitahu permohonan saya telah diluluskan.

“Pada mulanya, saya teragak-agak

untuk memohon dermasiswa ini tetapi saya tidak dapat menanggung kekangan kewangan yang saya hadapi.

“Merenung kembali, saya berasa lega atas keputusan saya kerana saya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajar­an dan tidak perlu melakukan kerja sambilan untuk menampung perbelanja­an harian. Situasi ini banyak membantu pembelajar­an saya di universiti,” ujar Kishern.

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang boleh mendapat manfaat daripada Biasiswa Merit TAR UMT.

Biasiswa ini boleh merangkumi pembayaran yuran pembelajar­an sehingga 100 peratus dan akan ditawarkan secara automatik berdasarka­n pencapaian akademik pelajar.

Sehingga kini, 62,778 pelajar telah diberikan biasiswa merit dengan jumlah nilai sekurang-kurangnya

RM186.5 juta.

TAR UMT juga menawarkan insentif kewangan lain seperti ‘sibling discount’ untuk meringanka­n beban kewangan ibu bapa yang mempunyai dua atau lebih anak yang belajar di TAR UMT.

Di bawah insentif ini, pendaftara­n pelajar baharu yang mempunyai abang atau kakak yang merupakan pelajar TAR UMT di semester sama yang telah membuat bayaran penuh, boleh mendapat diskaun RM1,000 untuk yuran semester pertama mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai bantuan kewangan TAR UMT dan Hari Terbuka TAR UMT, sila layari laman sesawang di www.tarc.edu.my atau anda boleh menghubung­i 011 1087 5854.

Orang ramai terutama yang berminat juga boleh mendaftard­alam talian di laman sesawang kami.

 ?? ?? BERTUAH: Kishern, graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan yang mendapat dermasiswa TAR UMT – Jinbodhi bukan hanya sekali tetapi dua kali sepanjang tempoh pengajiann­ya di TAR UMT.
BERTUAH: Kishern, graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekalan yang mendapat dermasiswa TAR UMT – Jinbodhi bukan hanya sekali tetapi dua kali sepanjang tempoh pengajiann­ya di TAR UMT.
 ?? ?? BERSYUKUR: Sheryl Ho kini bekerja sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan. Sheryl menekankan dengan bantuan kewangan TAR UMT, dia dapat menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya dan kejayaan ini telah membantu dalam kerjayanya.
BERSYUKUR: Sheryl Ho kini bekerja sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan. Sheryl menekankan dengan bantuan kewangan TAR UMT, dia dapat menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya dan kejayaan ini telah membantu dalam kerjayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia