Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan jenis barangan harga terkawal sempena Gawai

SHMMP dilaksana tiga hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Sebanyak lapan jenis barangan keperluan dimasukkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Gawai 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Mohd Yusof berkata, skim harga itu akan dilaksanak­an selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

Menurutnya, sempena Hari Gawai, skim harga itu akan bermula semalam iaitu 29 Mei hingga 4 Jun tahun ini.

“Skim harga berkenaan melibatkan lapan jenis barangan keperluan iaitu ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih, kubis bulat import, ubi kentang import, daging babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

“Selain lapan jenis barangan itu, terdapat enam jenis barangan seperti ayam, telur dan sebagainya yang telah dikawal sejak 5 Februari 2022 masih kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n SHMMP Hari Gawai 2023 Peringkat Sarawak di pasar raya Farley Batu 6 di sini, semalam.

Azman memberitah­u, pihak pengurusan Farley di Jalan Penrissen telah melaksanak­an skim harga yang murah daripada harga kawalan.

“Setelah meninjau dan melihat harga bekalan ini, Farley melaksanak­an lagi penurunan harga daripada harga kawalan di mana mereka menurunkan harga kawalan antara 10 hingga 20 peratus.

“Antaranya ialah sayap ayam, kalau ikutkan harga maksimum RM14.50 tetapi di Farley RM13.90, kentang yang sepatutnya RM4.00 tetapi dikurangka­n menjadi RM2.90 dan begitu juga bawang putih daripada RM8.00 kepada RM 7.90.

“Ini usaha dan kerjasama pengurusan Farley dengan kerajaan demi membantu masyarakat­yangmemerl­ukan dimanaharg­ayangditaw­arkan itu memberi manfaat kepada pengguna yang menyambut hari perayaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Azman berkata pihaknya turut menjalanka­n penguatkua­saan bagi memastikan pasar raya mahupun kedai mengikut harga yang telah ditetapkan dalam peraturan.

“Sekiranya melanggar peraturan maka tindakan

boleh diambil di mana bagi individuhu­kumanmaksi­mum berjumlah RM100,000 manakala syarikat boleh didenda maksimum RM500,000,” tegasnya.

Jelasnya, sekiranya terdapat bekalan keperluan terputus di kawasan masing-masing, pengguna boleh melaporkan kepada KPDN agar tindakan dan jalan penyelesai­an dapat dilakukan dengan segera.

“Kita juga telah berbincang dengan syarikat-syarikat

yang membekal barangan keperluan ini untuk memastikan bekalan tidak terputus,” ujarnya.

Mengenai isu pembelian gula dihadkan, Azman mendedahka­n bahawa pihaknya bersama pengeluar gula putih bertapis memberi jaminan bahawa ia cukup untuk keperluan dalam negara.

“Pengeluar gula memberi jaminan bahawa gula putih bertapis kasar dan halus mesti

cukup di mana sebanyak 42,000 tan metrik akan dikeluarka­n sebulan untuk kegunaan dalam negara,” tambahnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN Shamsul Nizam Khalil, Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin, Pengurus Farley Kuching Wilson Moh dan Pengarah Bahagian Kawalan Petroleum Zaimy Shaari.

“Skim harga berkenaan melibatkan lapan jenis barangan keperluan iaitu ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih, kubis bulat import, ubi kentang import, daging babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan ” lemak). Datuk Azman Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MURAH: Azman (tiga kiri) menunjukka­n poster SHMMP yang telah ditetapkan sempena musim perayaan semasa melakukan tinjauan di Farley Jalan Penrissen semalam.
— Gambar Roystein Emmor MURAH: Azman (tiga kiri) menunjukka­n poster SHMMP yang telah ditetapkan sempena musim perayaan semasa melakukan tinjauan di Farley Jalan Penrissen semalam.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PEMANTAUAN: Azman (dua kanan) memegang seekor ayam semasa melakukan tinjauan harga di bawah SHMMP di Farley Jalan Penrissen semalam.
— Gambar Roystein Emmor PEMANTAUAN: Azman (dua kanan) memegang seekor ayam semasa melakukan tinjauan harga di bawah SHMMP di Farley Jalan Penrissen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia