Utusan Borneo (Sarawak)

Idea memindahka­n pasar malam ikonik ke Jalan Khoo Peng Loong berita baik

-

Idea menempatka­n semula pasar malam ikonik Jalan Khoo Peng Loong di sini dari tapak sedia ada di Butterfly Park adalah berita baik bagi penduduk tempatan.

Semasa mesyuarat penuh minggu lalu, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) meneliti cadangan menempatka­n semula pasar malam itu ke tapak baharu di Jalan Khoo Peng Loong di sini.

Mereka berpendapa­t, beberapa isu perlu ditangani sekiranya cadangan itu diberi lampu hijau pada masa akan datang.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pasar dan Peniaga Kecil MPS Kaunselor Augustine Merikan menjawab cadangan Kaunselor Dr Johnny Kieh berhubung tapak baharu itu berkata, lokasi dicadangka­n agak sunyi dan disifatkan sesuai untuk menjadikan tempat itu lebih meriah.

Augustine berkata, MPS sering menerima aduan

daripada peniaga dan pembeli mengenai kekurangan kemudahan tandas di tapak sekarang.

“Jika kita pindahkan pasar malam ke lokasi baharu (Jalan Khoo Peng Loong) terdapat kemudahan tandas siap berhampira­n.

“Tapak baharu di Jalan Khoo Peng Loong terletak di tepi sungai, menarik lebih ramai orang,” katanya sambil menambah bahawa MPS akan mengadakan pertemuan

dengan penjaja malam pada Jun depan.

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mendapatka­n pandangan ahli perniagaan, Simon Tiong menggelar lokasi dicadangka­n itu sebagai tapak cantik untuk pasar malam.

“Bagaimanap­un, banyak isu perlu diberi perhatian, contohnya adakah MPS mahu ia sebagai tarikan pelancong, persekitar­an hijau untuk gerai makan, pengurusan sampah dan sebagainya... ia adalah tempat Sibu dibina,” jelasnya.

Bekas Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Nangka Mohd Safree Mohd melihat cadangan memindahka­n penjaja malam ke lokasi baharu adalah usaha baik memandangk­an pihak berkuasa mengkaji perkara itu dari pelbagai sudut.

Selaku pengunjung kerap ke pasar malam itu, beliau menekankan kepentinga­n penyusunan lot-lot niaga termasuk jarak antara setiap lot serta berdekatan dengan kawasan parkir untuk keselesaan pengunjung.

Menyentuh faktor kebersihan, Mohd Safree beranggapa­n MPS lebih mudah membersihn­ya selepas pasar malam ditutup.

“Sibu perlu ada perubahan infrastruk­tur seperti kawasan pasar malam untuk penjaja kecil kerana ia antara tarikan pelancong.

“Uniknya, di Sarawak dan begitu juga Sibu terdapat pasar malam yang sentiasa beroperasi setiap malam dalam seminggu,” katanya.

Aktivis belia tempatan, Abdul Taib Rosli menyambut baik idea memindahka­n pasar malam ke Jalan Khoo Peng Loong memandangk­an tapak sekarang agak sesak dengan peningkata­n jumlah penjaja.

“Sekiranya penjaja hendak dipindahka­n ke kawasan baharu ada beberapa aspek perlu dititikber­atkan seperti laluan trafik misalnya.

“Ini kerana kita tidak mahu keadaan trafik menjadi sesak sehingga mengganggu aliran lalu lintas walaupun sekarang kita lihat kawasan itu pada waktu malam tidak banyak kenderaan dan Jalan Khoo Peng Loong dilihat sebagai jalan utama di kawasan itu.

“Saya berpendapa­t jika penjaja dipindahka­n ke kawasan itu bagus kerana MPS boleh menyusun semula zon perdaganga­n seperti menjual makanan, minuman dan barangan,” jelasnya.

 ?? ?? PINDAH: MPS meneliti cadangan menempatka­n semula pasar malam di Butterfly Park ke tapak baharu di Jalan Khoo Peng Loong, Sibu.
PINDAH: MPS meneliti cadangan menempatka­n semula pasar malam di Butterfly Park ke tapak baharu di Jalan Khoo Peng Loong, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia