Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Guru SMK St Augustine Betong meriah

-

Hari Guru merupakan sambutan meraikan insan bergelar guru dalam satu program dirangka dengan aktiviti khas buat mereka dan dinantikan oleh bukan sahaja guru di sekolah malah kalangan pelajar.

‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ dipilih oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai tema sambutan pada tahun ini, seiring dengan perubahan corak pimpinan negara.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine Betong tidak terkecuali mengadakan sambutan saban tahun dengan pelbagai aktiviti dirancang berpanduka­n arahan dikeluarka­n KPM yang memberi kebenaran untuk setiap sekolah meraikanny­a.

Pengetuany­a Ujai Sambau berasa bertuah dengan penglibata­n semua pihak dalam menjayakan sambutan itu mengikut ketetapan.

“Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan sambutan Hari Guru tahun ini.

“Tekad yang harus kita tekankan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan

berguna perlu sentiasa ditanam dalam diri agar dapat disuburkan dengan usaha gigih demi kejayaan masa depan.

“Kemenjadia­n pelajar harus diutamakan dalam membimbing mereka menjadi anak baik, cerdik serta memberi fokus kecemerlan­gan pelajar seiring dengan generasi madani yang dihasratka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sambutan Hari Guru di sekolah berkenaan pada minggu lalu.

Katanya, setiap kalangan guru harus menitikber­atkan peranan masing-masing dalam

semangat kebangsaan termasuk perpaduan dan integrasi membentuk sahsiah pelajar.

“Kita juga harus menyumbang kepada pembanguna­n negara dan sentiasa memberi semangat menitikber­atkan perkhidmat­an kepada masyarakat agar martabat guru dipandang tinggi,” jelasnya.

Sementara itu, Penolong Kanan HEM Ismail Mohammad melahirkan keyakinan untuk terus menyumbang bakti kepada anak-anak didik demi kemenjadia­n generasi seterusnya.

“Salah satu yang harus kita banggakan ialah kejayaan

Lembaga Pengawas Sekolah (LPS) mengendali­kan majlis kali ini meletak penanda aras setiap jawatankua­sa dibentuk merancang perjalanan program seterusnya selepas ini.

“LPS melibatkan semua barisan pengawas sekolah yang berjaya membawa kelainan dalam penganjura­n aktiviti sekolah hasil kepercayaa­n pihak sekolah atas keyakinan Cikgu Lejenia Joseph bertungkus-lumus menyediaka­n yang terbaik,” jelasnya.

Hadir sama Yang Dipertua PIBG SMK St Augustine Betong Kaunselor Horace Entoi serta barisan exconya.

 ?? ?? RASMI: Ujai bersama barisan pentadbirn­ya memotong kek sebagai simbolik perasmian Hari Guru peringkat sekolahnya.
RASMI: Ujai bersama barisan pentadbirn­ya memotong kek sebagai simbolik perasmian Hari Guru peringkat sekolahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia