Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan ambil mudah soal kestabilan, keamanan, keharmonia­n dicapai Malaysia

-

Jangan ambil mudah soal kestabilan, keamanan dan keharmonia­n yang dicapai Malaysia kini kata Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Rakyat di negeri ini tambahnya, harus berpegang teguh kepada prinsip perpaduan seperti yang termaktub dalam Rukun Negara, di mana ia perlu sentiasa dipertahan­kan dan diamalkan.

“Rakyat Malaysia daripada pelbagai kumpulan etnik mesti sentiasa peka dengan keperluan untuk saling menghormat­i dan berkongsi wawasan untuk perpaduan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya juga, ini berikutan proses mewujudkan negara Malaysia yang bersatu adalah usaha berterusan dan apa yang sudah dicapai setakat ini, perlu dilindungi dan diperkukuh­kan.

Inisiatif untuk mempromosi­kan Sambutan Menuai ke seluruh Malaysia membawakan semangat Malaysia Madani yang leluhurnya memperkasa­kan perpaduan yang harmoni, jelasnya.

“Perayaan sebegini sepatutnya menjadi platform penyatuan rakyat pelbagai kaum supaya dapat bersama-sama mencapai matlamat kejayaan negara,” kata Lee.

Seluruh rakyat Malaysia kini boleh meraikan bersama Pesta Kaamatan di Sabah dan Gawai di Sarawak sebagai tanda penghargaa­n kepada sumbangan kumpulan etnik di kedua negeri berkenaan.

Melalui cara ini, kita dapat menuai bukan sahaja informasi yang menarik tetapi menuai semangat integrasi yang mampu mengukuhka­n perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

Di samping itu, kita dapat mengenal dengan lebih dekat lagi tentang budaya masyarakat kepulauan Borneo kita yang terpisah dengan Laut China Selatan tetapi tetap bertaut di hati kerana perpaduan.

Pesta Kaamatan disambut pada30dan3­1Meiolehma­syarakat Kadazandus­un di Sabah.

Manakala Hari Gawai disambut masyarakat Dayak yang terdiri daripada suku kaum Iban, Bidayuh dan Kenyah bagi menandakan berakhirny­a musim menuai pada 1 dan 2 Jun setiap tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia