Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis cantik Kampung Sudad dinobat Dayung Gawea Tematu 2023

-

Gadis cantik Bidayuh dari Kampung Sudad di sini, Benilda Genovia Alvin merangkul gelaran Dayung Gawea Tematu 2023 sempena Karnival Gawai Tematu.

Benilda menewaskan sembilan lagi finalis lain dalam pertanding­an akhir yang berlangsun­g di Kampung Tematu pada malam 27 Mei lepas.

Manakala tempat kedua dimenangi Joanna Eve Presley dari Kampung Simpok, Padawan dan tempat ketiga dimenangi Melanie Joyce Jeman dari Kampung Raso 2, Lundu.

Johan menerima wang tunai RM2,000 berserta mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai

RM1,800 dan RM1,500 juga berserta mahkota, bunga, selempang, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Peserta sagu hati pula masing-masing menerima wang tunai RM200 berserta hamper dan sijil penyertaan.

Bagi kategori sampingan, Miss Tradisiona­l dimenangi Patricia Paschal Pilin dari Kampung Bumbok, Kuching, Miss Talent dan Miss Tourism (Pheobe Kisi, Kampung Stass, Bau), Miss Best Contempora­ry Dress dan Miss Photogenic (Melanie Joyce Jeman).

Lagi kategori sampingan dipertandi­ngkan, Miss Popularity dimenangi Emilia Dervina David Melen dari Kampung Tematu, Kuching dan Miss Costume dimenangi Benilda Genovia Alvin dengan setiap pemenang menerima wang tunai RM300, bunga dan trofi.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan hadir merasmikan karnival dan pertanding­an itu yang bertemakan ‘Adat Bidoyoh Puun Idip Bimadis’.

Dalam pada itu Karnival Gawai Tematu dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2023 kata pengerusi penganjurn­ya John Pata telah berlangsun­g dengan jayanya pada tahun ini.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang mengambil bahagian dalam acara tahun ini.

Tahun depan katanya, karnival ini akan kembali diadakan semula yang dijangka pada bulan Jun 2024.

 ?? ?? CANTIK: Pemenang Dayung Gawea Tematu Benilda (duduk) diapit Joanna (kiri) dan Melanie merakam gambar bersama Snowdan (empat kiri) serta yang lain. Turut kelihatan John (dua kiri).
CANTIK: Pemenang Dayung Gawea Tematu Benilda (duduk) diapit Joanna (kiri) dan Melanie merakam gambar bersama Snowdan (empat kiri) serta yang lain. Turut kelihatan John (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia