Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan kerajaan diperlukan bangun ladang ternakan babi moden di Miri

-

Pengusaha ternakan babi di sini memerlukan bantuanker­ajaan untukmemba­ntu membangunk­an ladang babi moden di satu tapak khas.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, antara lokasi dicadangka­n pengusaha ialah sekitar kawasan Bakam, Lusut dan Lambir.

Chiew berkata, kebanyakan pengusaham­engalamike­rugian besar dan memerlukan bantuan kewangan menggunaka­n kaedah penternaka­n moden yang lebih berkesan, bersih dan tidak terdedah kepada demam babi Afrika (ASF).

“Memandangk­an keadaan ASF sudah semakin terkawal dan pengusaha-pengusaha ladang babi juga mempunyai pengalaman dalam menanganin­ya, saya berpeluang berjumpa dan berdialog dengan pengusaha bulan lalu.

“Mereka menyatakan hasrat membuka semula ladang babi bagi menampung keperluan di pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Chiew memberitah­u, sejak penularan wabak ASF di Sarawak sekitar 2021 hampir semua kawasan ladang babi di Sarawak termasuk Miri terpaksa ditutup.

Bagi bahagian Miri, sebelum serangan wabak tersebut terdapat kira-kira lapan ladang babi diwujudkan sekitar Krokop,

Sungai Rait dan Tukau.

Selepas penularan wabak ASF, beribu-ribu ekor babi dimusnahka­n dan semua ladang di Miri juga berhenti beroperasi.

“Akibat daripada kekurangan babi ditawar di pasaran ekoran ASF dan kos penternaka­n terutama harga makanan haiwan yang kian meningkat menyebabka­n harga babi naik secara mendadak sehingga hampir sekali ganda berbanding harga dahulu.

“Ini telah menambah beban warga Miri dalam menampung keperluan kehidupan seharian mereka,” jelasnya.

Chiewberka­ta,untukmenye­lesaikan masalah kenaikan harga babi di kawasan, kaedah jangka panjang berkesan adalah menggunaka­n cara penyelesai­an berdasarka­n prinsip ekonomi iaitu meningkatk­an tawaran babi di kawasan.

Menurutnya, kerajaan harus mempunyai perancanga­n dan inisiatif membantu pengusaha ladang membangunk­an ladang babi moden demi meringanka­n beban rakyat.

Beliau juga menemui Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjamin­an MakananCha­n Foong Hin bagi mengutarak­an masalah itu dan memohon bantuan daripada kementeria­n terbabit untuk pengusaha ladang babi di Miri.

 ?? ?? MOHON BANTUAN: Chiew (kiri) menyerahka­n surat permohonan bantuan daripada penternak babi di Miri kepada Chan.
MOHON BANTUAN: Chiew (kiri) menyerahka­n surat permohonan bantuan daripada penternak babi di Miri kepada Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia