Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku bersalah cederakan kenalan didenda RM2,000

-

Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhka­n hukuman denda RM2,000 atau tiga bulan penjara terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah mencederak­an kenalannya dengan cara menumbuk mangsa.

Tertuduh, Amali Taufiq Saini, 34, yang bekerja sebagai pengurus acara, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Seksyen tersebut memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap mangsa lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah di Jalan Muhibbah di sini, sekitar jam 9.15 malam pada 30 April lalu.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu iaitu ibu mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya yang memberitah­u bahawa anaknya (mangsa) telah diserang oleh kawan mangsa dikenali dengan nama Mali (tertuduh).

Tertuduh dilaporkan menumbuk bahagian muka mangsa sehingga mangsa mengalami bengkak di bahagian muka serta luka di dahi, mulut dan mata, selain sakit di seluruh badan.

Kejadian itu turut disaksikan sendiri oleh kakak pengadu.

Susulan itu, laporan polis dibuat dan tertuduh ditangkap pada 26 Mei lalu.

Difahamkan, tertuduh bertindaks­edemikians­etelah tidak berpuas hati dengan mangsa yang bertindak mengganggu isteri tertuduh dengan bercakap perkara tidak sopan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia