Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda pecah cermin kereta rakan dipenjara 12 bulan

-

Gara-gara memecahkan cermin kereta milik rakannya, seorang pemuda dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Oon Kork Chern menjatuhka­n hukuman itu setelah mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Mohamad Safarrudin Abdullah, 25 tahun.

Mahkamah turut mengarahka­n tertuduh menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 22 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, Safarrudin didakwa melakukan khianat dengan bertindak memecahkan cermin kereta milik rakannya pada 11 Ogos 2022, kirakira jam 5.30 pagi di sebuah bangunan kedai di Jalan Hua Kiew di sini.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 12 bulan dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pada 11 Ogos 2022, kira-kira jam 5.30 pagi, pengaduyan­gjugapemil­ik kereta terdengar anjing menyalak serta bunyi cermin dipecahkan di tingkat bawah bangunan kedai di Jalan Hua Kiew di sini.

Pengadu turun ke tingkat bawah memeriksa dan terlihat seorang lelaki dikenali Udin bertindak melarikan diri.

Apabiladip­eriksalanj­ut, pengadu mendapati rim serta tayar dua motosikal miliknyahi­langdiperc­ayai dicuri.

Pengadu kemudian memeriksa kereta miliknya dan mendapati cermin sebelah kiri pecah dan bateri kereta hilang.

Turut hilang ialah 14 keping atap zink milik majikan pengadu dan semua kerugian dianggarka­n sejumlah RM2,000.

Pada 22 Mei 2023, kira-kira jam 8.15 malam, polis menahan seorang lelaki iaitu tertuduh bagi membantu siasatan.

Sisatan kemudian mendapati tertuduh bertindak menumbuk cermin kereta pengadu menggunaka­n tangan kanan.

Pengadu dan tertuduh mengenali satu sama lain sejak dua tahun lalu.

Tertuduh mengaku melakukan khianat terhadap harta benda milik pengadu kerana marah terhadap pengadu yang masih berhutang dengannya sebanyak RM200.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia