Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku bersalah miliki dadah didenda RM3,300

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,300 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah memiliki 0.08 gram Methamphet­amine.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Paul Suny Awet, 42, selepas dia mengaku bersalah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut sekitar jam 10.30 pagi, di sebuah rumah di Kampung Simpok, Jalan Padawan di sini pada 9

Februari lalu.

Fakta kes mendedahka­n tertuduh ditahan oleh sepasukan polis yang menjalanka­n Ops Tapis Khas di kawasan tersebut susulan dia disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Semasa pemeriksaa­n dilakukan, tertuduh mengeluark­an satu kotak plastik kecil dari poket kanan seluar pendek yang digantung di dalam almari pakaian bilik itu dan menyerahka­nnya kepada pihak polis.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati kotak tersebut mengandung­i dua keratan straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 0.22 gram.

Berikutan itu, barang kes dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia semasa tempoh siasatan dan laporan kimia pada 12

April 2023 mengesahka­n ia mengandung­i Methamphet­amine dengan berat bersih 0.08 gram.

Tertuduh tidak diwakili peguam sementara pendakwaan kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia