Utusan Borneo (Sarawak)

Logo, Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dilancar serentak

-

KOTA KINABALU: Logo dan tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia dilancarka­n serentak di tiga buah lokasi.

Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pelancaran itu buat julung kalinya diadakan serentak di tiga lokasi iaitu Kota Kinabalu Sabah, Kuching Sarawak dan Kuala Lumpur.

“Pelancaran ini adalah program ‘kick-off sign’ untuk mengira detik menuju ambang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos kelak.

“Pelbagai program dirancang untuk dilaksanak­an di peringkat negeri dan kebangsaan sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

“Berbanding tahun sebelumnya, pelancaran kali ini memberi ruang yang mencukupi kepada jabatan dan agensi dan organisasi-organisasi lain untuk mempromosi serta menyebarlu­askan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Tema pada tahun ini mendasari tekad dan komitmen pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai semangat perpaduan tinggi, bersatu-padu serta kehidupan aman dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Negeri Sabah di sini, pada Sabtu lepas.

Masidi yang juga Menteri Kewangan menyeru kepada semua pihak untuk menggunaka­n logo dan tema ini secara meluas.

“Marilah kita bersamasam­a menzahirka­n kecintaan kepada negara melalui penganjura­n program-program dan aktiviti kenegaraan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di peringkat organisasi dan komuniti masing-masing,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Setia Negara Dr Nor Zahid Rahim; Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor; Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Professor Dr Rosalam Sarbatly; dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Sabah Suhaib Ismail.

 ?? ?? PAMERAN: Masidi (tengah) semasa melawat pameran oleh FINAS sambil melihat buku yang dipamerkan.
PAMERAN: Masidi (tengah) semasa melawat pameran oleh FINAS sambil melihat buku yang dipamerkan.
 ?? ?? JAPEN: Sebahagian daripada kakitangan Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN) ketika Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
JAPEN: Sebahagian daripada kakitangan Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN) ketika Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
 ?? ?? PESERTA: Sebahagian daripada pelajar UMS yang turut serta dalam majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
PESERTA: Sebahagian daripada pelajar UMS yang turut serta dalam majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia