Utusan Borneo (Sarawak)

Perkasa pembelajar­an sastera dalam sistem pendidikan negara

Ke arah mengimarah budaya membaca, membentuk akhlak, sahsiah

-

JOHOR: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Datuk Jasni Matlani menggesa pimpinan tertinggi negara dan mereka yang menjadi pemegang taruh dalam sistem pendidikan, memperkasa­kan pembelajar­an sastera dalam sistem pendidikan negara.

Katanya, pendidikan sastera mengajar dan mengimarah­kan budaya membaca serta membentuk akhlak dan sahsiah dalam kalangan murid-murid, bukan matematik dan sains yang sebenarnya hanya menjurus kepada kepentinga­n untung rugi, tetapi malangnya sistem pendidikan negara menafikan hakikat kepentinga­n sastera ini dengan meminggirk­an pendidikan sastera.

“Ini merupakan satu kerugian yang besar. Sebab itu saya yakin, jika kita memperkasa­kan pendidikan sastera, dan menggalakk­an rakyat membaca, sistem pendidikan negara mesti dirombak dengan mengambil kira kepentinga­n sastera yang secara jelas mengimarah­kan budaya IQRA, seterusnya sebagai khazanah bangsa dan negara yang mesti secara berterusan diwariskan kepada rakyat merentas zaman.

“Malah, jika daripada dahulu pengajaran sastera

diutamakan dan mengambil kira terhadap ibrah sastera secara khusus, saya fikir, mungkin kehidupan kita bernegara, bersosial, membangun ekonomi dan malah, sistem politik kita bergerak ke arah yang lebih baik dan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutupan Simposium Sastera Malaysia anjuran Majlis Permuafaka­tan Penulis Malaysia (MPPM) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ) di salah sebuah hotel terkemuka di Skudai di sini, baru-baru ini.

Jasni yang juga ahli Lembaga pengelola DBP Malaysia berkata, pada masa sekarang sastera hanya dijadikan mata pelajaran elektif dan sebahagian­nya pula diselitkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS).

“Malah lebih buruk lagi, banyak kelas sastera telah ditiadakan, akibat kecenderun­gan sistem pendidikan negara, yang lebih menjurus kepada bidang sains dan teknologi. Ini tidak betul,” katanya.

Menurutnya, bidang sains dan teknologi memang penting,

apa lagi pada zaman yang semakin canggih dan dikuasai oleh ‘Internet of thing’ ini, tetapi jangan sampai tindakan kita membunuh sastera, kerana di negara Barat yang maju sekali pun, sastera tetap penting dan dijadikan sebagai mata pelajaran penting di peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat universiti.

Dalam perkembang­an yang berkaitan, Jasni turut melahirkan harapan agar hasrat kita untuk mengimarah­kan sastera di peringkat sekolah di negara kita ini mendapat perhatian pelbagai pihak.

 ?? ?? KENANGAN: Jasni bergambar kenangan dengan para peserta pada majlis itu.
KENANGAN: Jasni bergambar kenangan dengan para peserta pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia