Utusan Borneo (Sarawak)

Kanser: Wanita digalak jalani ujian percuma disedia kerajaan

Ujian Mamogram dan HPV DNA diteruskan sehingga hujung tahun

- Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN

KEPALA BATAS: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakk­an kaum wanita untuk menjalani ujian pengesahan awal kanser payudarada­nkanserpan­gkal rahim secara percuma yang disediakan oleh kerajaan.

Timbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata kementeria­n, melalui Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), sentiasa berusaha untuk mengurangk­an statistik wanita tercicir daripada mendapatka­n kedua-dua ujian pengesanan ini.

“Berita baiknya adalah sepanjang Mei ini sempena meraikan Hari Ibu, selain dua-dua ujian ini (ujian Mamogram dan HPV DNA), ujian BMI, tekanan darah, kolesterol dan glukos diberikan secara percuma kepada semua wanita yang layak.

“Selepas Mei sehingga hujung tahun, Ujian

Mamogram dan HPV DNA masih diteruskan secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesejahter­aan Wanita: Kanser Wanita dan Gaya Hidup di sini semalam.

LPPKN telah menjalanka­n Program Subsidi Ujian Mammogram ini semenjak 2007, dan sehingga April 2023, seramai 47,166 orang wanita di Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada program tersebut.

Sementara Program Saringan Kanser Serviks menggunaka­n Ujian HPV DNA telah dilaksanak­an semenjak 2019, menyaksika­n sehingga April 2023, seramai 2,867 orang wanita di Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada program ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN Hairil Fadzly Md Akir berkata kefahaman dan kesedaran untuk pengesanan

Data Laporan Kanser Kebangsaan 2012-2016 menunjukka­n peratus kes yang dikesan pada tahap lewat iaitu pada tahap tiga dan empat menunjukka­n peningkata­n iaitu pada 47.9 peratus berbanding 43.2 peratus dari Laporan Kanser Kebangsaan 2007-2011.

Hairil Fadzly Md Akir

awal kanser adalah sangat penting dalam menangani peningkata­n kes kanser masa kini.

Menurut beliau, kanser payudara adalah penyumbang kanser paling tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia diikuti Kanser Kolorektal dan Kanser Serviks.

“Data Laporan Kanser Kebangsaan 2012-2016 menunjukka­n peratus kes yang dikesan pada tahap lewat iaitu pada tahap tiga dan empat menunjukka­n peningkata­n iaitu pada 47.9 peratus berbanding 43.2 peratus dari Laporan Kanser Kebangsaan 2007-2011.

“Trend ini sangat membimbang­kan dan jika tiada langkah-langkah diambil untuk menggalakk­an lebih ramai wanita terutama yang berisiko tinggi menjalani ujian saringan ini, kadar kematian akibat kanser payudara akan meningkat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia