Utusan Borneo (Sarawak)

Amaran hujan lebat, ribut petir: Aktiviti jemaah Malaysia tidak terjejas

-

MAKKAH: Amaran hujan lebat dan ribut petir di kebanyakan wilayah di Arab Saudi termasuk Kota Makkah tidak menjejaska­n aktiviti ibadah yang diatur untuk jemaah haji negara.

Ketua Rombongan Haji MalaysiaDa­tukSeriSye­dSaleh Syed Abdul Rahman berkata keadaan cuaca berkenaan berlaku hanya seketika dan tidak dikategori­kan sebagai bencana.

“Kita telah mengadakan perancanga­n dan jadual untuk segala aktiviti mengikut ketibaan penerbanga­n (jemaah haji), dalam masa sama kita mengambil maklum tentang suasana (cuaca) dari semasa ke semasa.

“Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) jika berlaku bencana, bagaimanap­un setakat ini apa yang berlaku tidaklah ditakrifka­n sebagai bencana, ia hanya gangguan biasa yang mudah diubah suai waktu dan ketikanya untuk kita menganjurk­an aktiviti tersebut,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Direktorat Pertahanan Awam Arab

Saudi menasihatk­an orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah berjagajag­a ekoran amaran hujan lebat berterusan selama lima hari selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai Jumaat hingga hari ini.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan direktorat itu melaporkan Kota Makkah yang menempatka­n masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram akan turut terkesan berikutan fenomena itu.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata amaran hujan lebat dan ribut petir itu telah dikongsi dalam kumpulan WhatsApp serta dimuat naik di aplikasi THhujjaj yang membekalka­n maklumat penting dan panduan ibadat haji kepada para jemaah.

Beliau turut menasihatk­an jemaah haji supaya berhatihat­i dan kekal berada di tempat penginapan atau masjid sekiranya berlaku hujan lebat, ribut petir atau angin kencang berdebu.

Terdahulu, hujan lebat kira-kira 10 minit membasahi bumi Makkah pada 5 pagi tadi waktu tempatan dan menyejukka­n sedikit suhu di Tanah Suci yang ketika ini mengalami cuaca panas mencecah hingga 40 darjah Celsius.

Seorang penduduk, Ahmad Amin, 47, melahirkan rasa syukur dan seronok kerana kali terakhir hujan pada ingatannya ialah awal bulan ini, namun hanya hujan renyai.

“Alhamdulil­lah, ini rahmat untuk dhuyufurra­hman (tetamu Allah),” katanya yang lahir di sini tetapi keluarga berasal dari Sumatera, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia