Utusan Borneo (Sarawak)

Kos operasi Masyair kekal hingga 2025

- — Bernama

Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) dan syarikat muassasah, Mashariq menandatan­gani kontrak perjanjian aras khidmat (SLA) selama tiga tahun bermula tahun ini.

Operasi Masyair adalah kemuncak kepada keseluruha­n operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Mina, Muzdalifah dan Makkah selama lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurn­akanibadah rukun dan wajib haji.

Tanpa mendedahka­n jumlah kos berkenaan, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata perjanjian itu antaranya melibatkan keselesaan khemah di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian, kelancaran pergerakan bas serta waktu melontar di Jamrah.

“Dalam usaha TH menangani kenaikan kos setiap tahun yang dihadapi, inilah antara usaha kita memasuki kontrak untuk jangka masa panjang bukan dalam bentuk tahunan.

“Ia dapat mengawal dari segi kenaikan kos kerana kos yang telah dimeterai bersama ini adalah satu harga yang ditetapkan untuk tiga tahun, harganya sama untuk ketiga-tiga tahun tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ta’aruf rombongan haji Malaysia dengan syarikat Mashariq bagi musim haji 1444 Hijrah di sini.

Bagaimanap­un, Syed Saleh menjelaska­n kos operasi Masyair itu hanya sebahagian daripada kos keseluruha­n haji yang turut meliputi pembiayaan lain seperti penginapan, penerbanga­n selain bayaran wajib kepada kerajaan Arab Saudi.

Sementara itu, Pengerusi Mashariq Adnan Hussain Mandourah berkata syarikat tersebut akan berkerja sebagai satu pasukan dengan TH untuk berkhidmat kepada jemaah Malaysia.

“Kami meletakkan tekanan kepada diri sendiri untuk menjadikan perkhidmat­an tersebut lebih baik dan semakin baik melebihi jangkaan daripada saudara saudari kita di Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia