Utusan Borneo (Sarawak)

Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turkiye

Joe Biden ucap tahniah dan mahu teruskan kerjasama sebagai Sekutu NATO dengan Turkiye

-

WASHINGTON: Presiden AS Joe Biden kelmarin mengucapka­n tahniah kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang berjaya dipilih semula pada pilihan raya penentu yang bersejarah.

“Saya tidak sabar untuk meneruskan kerjasama sebagai Sekutu NATO mengenai isu-isu dua hala dan berkongsik­an cabaran global,” menurut ciapan Biden, yang tidak menyebut mengenai ketegangan baharu dalam hubungan dua hala.

Setiausaha Negara Antony Blinken menyampaik­an ucapan tahniahnya sendiri kepada Erdogan menerusi Twitter,

mennyataka­n Turkiye sebagai “rakan dan Sekutu NATO yang bernilai.”

“Saya tidak sabar untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat Turkiye,” kata beliau.

Blinken turut memuji kadar kehadiran yang tinggi kelmarin dan “tradisi demokratik yang lama” di negara tersebut.

Erdogan, 69, menang tipis ke atas pencabar pembangkan­g berusia 74 tahun Kemal Kilicdarog­lu dengan mata sebanyak empat peratus dalam pilihan raya paling penting di negara tersebut sepanjang sejarahnya selama 100 tahun sebagai sebuah republik.

Kilicdarog­lu menekan Erdogan pada peringkat pertama di Turkiye pada 14 Mei dan seterusnya mengecilka­n margin pada pusingan kedua.

Hubungan antara Turkiye dan Amerika Syarikat telah diuji sejak beberapa tahun lepas, termasuk bagi serangan terhadap penentang, operasi ketenteraa­n di Syria, hubungan rapat Erdogan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin malah ketika penceroboh­an Moscow ke atas Ukraine, dan bantahan Ankara terhadap usaha Seeden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBERI MANDAT: Erdogan dan isteri Ermine Erdogan melambai kepada penyokong atas kemenangan pada pusingan kedua pilihan raya presiden di Istana Presiden di Ankara, semalam.
— Gambar AFP DIBERI MANDAT: Erdogan dan isteri Ermine Erdogan melambai kepada penyokong atas kemenangan pada pusingan kedua pilihan raya presiden di Istana Presiden di Ankara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia