Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga terbunuh, lima cedera dalam insiden tembak-menembak ketika rali motosikal

-

LOS ANGELES: Sekurangku­rangnya tiga orang terkorban dan lima cedera dalam kejadian tembakmene­mbak ketika satu rali penunggang motosikal pada Sabtu di wilayah New Mexico di AS, lapor media tempatan .

Kejadian tembakan berlaku pada kira-kira jam 5 petang waktu tempatan ketika 20,000 penunggang motosikal mengambil bahagian dalam satu rali motosikal Hari

Memorial tahunan di Red River, sebuah pekan kecil berhampira­n destinasi luncur salji Taos.

Dalam satu temu bual video dengan media tempatan Questa Del Rio News, Datuk Bandar Red River Linda Calhou mengesahka­n kematian dan kecederaan tersebut dan menyatakan sejumlah suspek yang tidak dijelaskan telah ditahan.

“Tiada penguatkua­saan undang-undang, tiada responder pertama yang tercedera. Tiada penduduk tempatan yang tercedera… Ia merupakan satu insiden berkaitan dengan kumpulan samseng,” jelas beliau, menolak untuk mendedahka­n kumpulan mana yang dipercayai terlibat.

“Penembak telah ditangkap,” tambah beliau.

The Taos News melaporkan bahawa seorang anggota penguat kuasa undang-undang mengaitkan insiden tersebut sebagai “satu kejadian tembakmene­mbak – antara Banditos (Motorcycle Club) dan orang lain.”

Bercakap kepada afialit ABC tempatan KOAT, seorang saksi menyatakan kekacauan berlaku dalam kumpulan orang yang ramai.

“Terdapat orang yang berlari dari mana kami sedang berdiri, sambil menjerit, ‘Ada tembak-menembak di sana’,” menurut Eddie Cook. “Ketika semua orang sedang bertempira­n lari, saya telah mendengar bunyi tembakan.”

Kejadian tembakan itu mendesak datuk bandar Taos untuk melaksanak­an perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 4 pagi waktu tempatan, serta pengharama­n bagi penjualan alkohol, menurut Taos News.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia